Imam baca laju bebenor~

18.6.15

Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Image : http://muis.org.my/
Seronok sangat jumpa dengan Ramadhan lagi tahun ni. Bersyukur Allah masih panjangkan umur. Bila tiba waktu ramadhan, ramai orang mengambil peluang memperbanyakkan amal ibadat terutamanya melaksanakan solat sunat tarawih. Sebut pasal solat sunat tarawih, dah dua hari aku solat berjemaah. Pertama, aku rasa kurang selesa dengan keadaan surau yang agak panas. Tapi yang tu tak apa lah kena tahan sikit panas. Itu belum lagi rasa panasnya neraka. 

Cuma imam untuk solat sunat tarawih bacaannya terlalu laju terutama waktu duduk antara dua sujud. Aku baru duduk dalam beberapa saat imam terus sujud balik. Baru je nak baca zikir sujud, imam dah bangun. Terpaksa baca dalam keadaan yang laju dan secara tak langsung aku tak dapat rasa indahnya solat. Makna bacaan yang aku baca pun aku tak dapat nak hayati. Aku bukan pandai sangat bahasa arab bila baca terus faham macam translate google. Rasa kelam kabut sangat. Nak menghadap Allah ni kena la tenang. 

Tak tau la kalau aku je yang rasa macam tu. Aku tak ada lah bersangka buruk dengan imam dekat surau tu. Mungkin dia baca, bacaan yang lebih pendek. Atau mungkin imam tu pertimbangkan keadaan makmum. Ada makmum yang suka imam baca laju, ada yang suka imam baca lambat-lambat. Walau macam mana pun aku tetap pergi solat kat sana. Lagipun dekat sangat dengan rumah sewa, boleh jalan kaki je. Nak solat kat masjid UKM, jauh sangat nak drive.

Aku pernah solat sunat tarawih dekat masjid putrajaya. Dengar bacaan imam lengkap dengan tajwid dan makhraj. Cukup dengan tokmaninah. Bacaannya pun tak laju sangat dan tak lambat sangat. Nak solat pun tenang je hati. Tapi itu cerita beberapa tahun lepas masa belajar dulu. Sekarang tak tau imam yang sama atau tak. Aku bukanlah sempurna sangat sampai nak memperkatakan tugas dan tanggungjawab seorang imam. Ini cuma luahan hati sebagai makmum, sebagai hamba Allah jugak.

Oklah itu je luahan hati aku.

P/S : Awak mesti tengah baca kan?? Heee~ Selamat menjalani ibadah puasa dan perbanyakkan amal ibadat. Sabar. Doa banyak-banyak. Trust in Allah ok! :)

As Salam.


Macam-Macam Sakit Ada

Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Hai. Ermm.. Beberapa hari sakit gigi sampai bengkak gusi. Nak keluar pun malu muka besar sebelah. Hahaha. Tak suka sakit gigi, nak tidur pun susah. Terpaksa telan ubat walaupun aku jenis tak suka makan ubat. Kalau tak makan, esok mesti mata jadi macam panda berjaga sampai pagi menahan sakit. Aku kalau sakit lain tak apa lagi tapi jangan sakit gigi atau sakit perut. Memang tak akan lena walaupun paksa mata bagi tidur. 


Lebih-lebih lagi sakit orang perempuan. Perghh.. dasyat sangat rasanya. Bila rasa macam tarikh nak sampai memang aku risau sangat. Aku memang benci sakit perut. Pernah sakit sampai berguling-guling atas tilam sambil menangis tahan sakit. Masa tu baru la tau macam mana nikmatnya sihat. Dulu memang teruk gila setiap kali hari pertama datang bulan aku rasa loya semacam. Tengok da**h pun rasa ewww... Kembang tekak aku. Rasa pening dan lenguh-lenguh badan. Kakak aku cakap masa melahirkan anak nanti sakit dia berganda-ganda dari senggugut. Woww...Seram aku dengar sakitnya tu. Tapi sekarang dah kurang sikit mungkin sebab aku dah lali dah rasa sakit senggugut. 

Sakit gigi satu hal lagi. Sekali kena memang rasa macam nak demam. Tidur memang tak akan pernah lena. Kalau tertidur pun ada la dalam beberapa minit. Nak makan pun susah. Tak boleh nak melahap sangat sebab kalau terkena kat tempat yang sakit tu, sakitnya... Ya Allah.. memang ngeri. Rasa macam dicucuk-cucuk dengan jarum je. Sekarang ni pun dah ok sikit lepas makan ubat beli dari farmasi. 

Cerita pasal sakit, aku teringat masa sekolah menengah. Aku pergi tengok abang tengah pecahkan marmar sambil pakai slipper je. Tiba-tiba terasa macam ada benda terjatuh dekat atas kaki aku. Mula-mula aku tak perasan sebab tak ada rasa sakit langsung. Abang aku terkejut bila tengok kaki aku penuh dengan darah merah yang segar. Kalau ada vampire confirm mati kena hisap darah. Mencurah-curah darah yang keluar. Aku ingatkan tak ada la luka mana pun sekali basuh dengan air, landing cantik punya serpian batu marmar tu. Dah macam kena tetak dengan pisau. Abang aku cepat-cepat ambilkan kapas banyak-banyak dengan kain. Balut kaki aku takut banyak lagi darah yang keluar. Sakit yang ni aku tak kisah sangat. Sebab sakit dia pun dekat part kaki je.

Sakit beguk pun pernah kena. Dah tak ingat dah sakit ke tak. Mak aku rawat penyakit beguk aku dengan lumurkan nila dicampur dengan kapur sirih. Sehari lepas tu dah elok macam biasa. Demam campak pulak aku kena masa kecik, aku pun tak berapa ingat sangat. Aku just ingat yang aku tak mandi beberapa hari sebab mak kata kalau mandi nanti tinggal parut. Terpaksa lap badan je, nak mandi tak boleh. For sure la kita pernah kena demam panas kan?? Aku jarang demam. Sekali demam memang demam panas level tinggi. Tapi yang best boleh tidur lama-lama. Makan ubat je lena terus,

Aku jugak ada pengalaman kena langgar dengan motor. Seingat aku masa umur 10 tahun. Bukan langgar sipi-sipi, dilanggarnya aku sampai terseret untuk jarak yang agak jauh. Sebelum kejadian tu, aku dan kawan tengah jalan-jalan dekat kawasan jalan sebelah rumah aku. Sebelah rumah ada rumah buruk yang dah lama orang tinggalkan. Tiba-tiba ada motor nak lalu siap menjerit-jerit suruh aku ke tepi. Bunyi motor macam dah nak dekat dah dengan aku. Aku tak sempat pandang belakang terus tukar arah kiri dan dalam masa yang sama abang motor tu pun lalu arah yang sama. 

Deboommm.. Sreettt...!! Boleh bayang tak macam mana dia langgar aku?? Abang motor tu bukan nak sejukkan hati atau nak tolong aku ke apa di marahnya pulak aku. 


"Woii ko tak nampak ke ada motor nak lalu haaa???!!" 


Aku diam malas nak layan. 'Kau dah langgar aku, nak marah aku pulak'. Aku cepat-cepat masuk dalam rumah buruk sebelah rumah. Kawan aku dah panik. Aku check mana-mana yang tempat yang lebam atau berdarah. Nasib baik bahagian siku je luka sikit. Seperti yang dijangka, mak panggil aku dari dalam rumah. "Siti....bunyi apa tadi tu....??? Aku dah agak mesti dia dengar bunyi tadi. Aku takut kalau mak tau aku kena langgar. Lambat-lambat aku menyahut. "Entah.. tak tau la mak.." Aku tak berani nak keluar dari rumah buruk. Bukan tak mau bagitau, aku takut mak aku risau. Aku warning kat kawan aku jangan sesekali bagitau mak aku tentang kejadian tu. Lagipun tak ada luka yang serius sangat pun.

Dulu pernah langgar pokok kelapa masa belajar bawa motor. Aku ingat lagi hari tu Raya Haji. Kakak excited nak ajar aku naik motor. Tak sabar rasanya aku nak bawa motor jalan keliling kampung. Aku memang tak tau satu apa pun pasal motor. Bayangkan, aku pulas minyak kuat-kuat tapi aku tak tau nak brek macam mana. Sebagai jalan penyelesaian, aku pilih langgar pokok kelapa dari masuk longkang besar. Bijak tak aku?? Lepas excident, tangan aku bengkak mungkin ada urat lari. Terpaksa pergi mengurut dengan makcik kampung. Nak menangis rasanya. Tahan je la kalau nak cepat sembuh. Aku fobia bawa motor agak lama jugak.

Image: mimimashud.tumblr.com

Oklah sampai disini saja. Malas nak tulis ending. Dah cukup banyak dah aku merepek.
Selamat Berpuasa. As Salam.

Beza Bercinta dan Berkahwin

12.6.15


Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Sebut sahaja tentang perkahwinan, terlalu banyak masalah rumahtangga yang berakhir dengan perceraian. Kenapa jadi begitu?? Kerana kita tak kenal dengan siapa kita bercinta. Yakinkah yang anda sangat mengenali pasangan anda semasa bercinta??

Merajuk

*Bercinta : 
Katalah semasa bercinta lelaki sanggup memujuk kekasih yang merajuk. Bersungguh-sungguh memohon maaf apabila melakukan kesalahan. Ada juga lelaki yang sanggup memandu dari utara ke selatan semata-mata memujuk si kekasih hati. Kenapa? kerana apabila anda merajuk, hatinya rasa tidak tenang asyik terfikirkan anda. Anda juga akan mula diam seribu bahasa. Panggilan telefon tidak diangkat dan pasti juga mesej tidak akan dibalas. Dan mungkin juga anda langsung tidak mahu bertemu dengannya. Pasti mereka tertekan bukan?? 

*Berkahwin :
Tetapi jangan terkejut selepas sahaja anda berkahwin, sesi pujuk memujuk seperti zaman bercinta dahulu anda tidak akan merasainya lagi. Kenapa? Apabila anda merajuk suami akan memujuk anda hanya untuk beberapa kali sahaja. Sekiranya anda masih lagi merajuk, dia akan membiarkan anda melayan rajuk sendiri kerana pasangan anda tahu, anda tidak akan merajuk dalam jangka masa yang panjang. Anda sentiasa ada di depan matanya. Berapa lama anda mahu merajuk sekiranya anda sudah duduk sebumbung dengannya setiap hari?? Jadi jangan anggap suami anda telah berubah. Semasa bercinta dan berkahwin tidak akan sama. 


Romantik

*Bercinta :
Sudah menjadi lumrah semasa bercinta, pasangan akan lebih memberi perhatian terhadap anda. Sentiasa romantik dan memahami. Si dia akan sedaya upaya  menjadi lelaki yang terbaik dari semua segi. Mereka akan menunjukkan personaliti yang menarik semata-mata untuk memikat hati anda. Ini kerana akan wujud satu perasan "insecure' terhadap perhubungan anda berdua. Disebabkan itulah pasangan anda akan menunjukkan sikap yang mungkin bertentangan dengan sikapnya yang sebenar. Sekiranya dia tidak berusaha bagi menawan hati anda silap haribulan anda akan menjadi milik orang lain. Semasa bercinta, gembiranya hati apabila diberikan hadiah yang paling istimewa dari kekasih hati berserta sekeping kad dengan bait-bait kata yang menggetar jiwa wanita. Kad yang dinukilkan dengan wangian bedak semerbak harum, ditambah pula dengan sejambak bunga khas untuk anda dengan hati yang ikhlas, suci dan murni.

Sebelum mendirikan rumah tangga, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan pujuk rayu seorang lelaki. Tidak mustahil dia melakukan perkara yang sama kepada wanita lain. Cinta itu bukan dengan meluahkan kata pujangga cinta dengan ayat-ayat manis. Bukan dengan membawa anda kesana kemari tanpa keizinan wali dan bersama mahram anda. Bukan juga dengan menyentuh anda tanpa segan silu kononnya untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang. Tetapi cinta yang benar adalah apabila si dia sedia melindungi dan menghormati maruah anda, sentiasa memberi dan menerima nasihat serta teguran yang baik untuk sama-sama memperbaiki diri, si dia juga akan berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu rumah tangga, demi menggalas tugas sebagai pemimpin dan imam yang baik apabila berkahwin kelak.

*Berkahwin :
Tetapi setelah sahaja anda mendirikan rumah tangga jangan terasa hati apabila suami anda tidak lagi menunjukkan sikap romantik sepertimana ketika bercinta. Setelah melalui fasa perkahwinan, mereka sudah berada di zon selesa kerana anda kini sudah dimiliki. Tiada lagi kad cinta dengan kata-kata yang bisa menggetarkan jiwa anda, tiada lagi sejambak bunga mawar yang indah lagi mekar, tiada lagi hadiah istimewa sekiranya bukan bersempena ulangtahun kelahiran mahupun ulangtahun perkahwinan. Mungkin juga ada antara mereka sudah melupakan tarikh-tarikh penting. 

Walaubagaimanapun lelaki yang sangat menghargai isteri tidak akan pernah lupa melakukan sesuatu yang romantik untuk si isteri, walaupun bukan dengan sejambak bunga, kad ataupun hadiah istimewa, tetapi mereka sedia menjadi pendengar setia ketika isteri mengadu masalah, sabar mendengar bebelan isteri ketika mereka marah, sentiasa menenangkan jiwa ketika isteri bersedih hati, murah dengan ucapan terima kasih atas bantuan dan pengorbanan isteri menjaga keperluan diri dan keluarga, hartanya serta mendidik anak-anak, tidak lokek dengan pujian khas untuk isteri tersayang, tidak ego mengucapkan kata maaf sekiranya melakukan kesalahan dan tidak lupa untuk meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang walaupun hanya dengan menyebut 8 perkataan iaitu "I Love You".


Penampilan diri

*Bercinta :
Normal bagi wanita menjaga kecantikan diri dan berpenampilan menarik. Setiap kali keluar bertemu kekasih hati, wanita akan berdandan dengan cantik dan memakai pakaian yang paling anggun untuk tatapan si kekasih hati. Cara berjalan, cara bercakap, cara duduk dan cara makan juga dititikberatkan apabila berada di sisi kekasih. Selalunya wanita akan makan dengan gaya adab sopan, duduk dengan posisi yang paling menarik, bercakap dengan nada yang sangat manja serta berjalan dengan lenggok yang begitu menawan. Adakah lelaki akan tertarik dengan wanita yang selekeh?? yang kasar bahasanya?? yang berjalan ala tomboi?? yang duduk dengan posisi 'terbuka'?? yang makan dengan banyaknya?? Sedangkan lelaki itu sendiri tertarik dengan kecantikan. Sekiranya wanita tidak menjaga adab sopan dan penampilan, mereka takut kekasih hati akan beralih arah kepada wanita yang lebih cantik dan menarik. Maka terpaksalah mereka menjadi hipokrit. 

*Berkahwin :
Lelaki fahamilah isterimu. Apabila berkahwin, akan pudarnya kecantikan dengan pertambahan usia. Apabila sudah mempunyai anak kebiasaannya wanita tiada masa untuk menguruskan diri sendiri kerana kesibukan mereka menjaga anak kecil yang lasak, ditambah pula dengan tugasnya sebagai ibu dan isteri dan juga sebagai seorang pekerja bagi wanita yang berkerjaya. Wanita yang mengandungkan zuriat akan mengalami pertambahan berat badan. Setelah melahirkan anak bukan mudah untuk mendapat bentuk badan yang ideal seperti zaman anak dara. Kesibukan merupakan punca utama wanita tidak mampu untuk menurunkan berat badan. Jika anda mahu melihat isteri sentiasa langsing dan cantik menawan anda perlu berkorban wang ringgit untuk menghantar isteri ke pusat kecantikan atau untuk cara yang paling mudah anda perlu menjadi pemangkin semangat untuk mereka menguruskan badan dengan melakukan senaman dan bersukan bersama-sama.

Wanita juga bukanlah akan sentiasa manja seperti waktu bercinta dahulu. Dahulu ketika bercinta hanya mampu membuat panggilan dan berjumpa hanya untuk beberapa jam bagi melepaskan rindu. Waktu itu, begitu bahagianya wanita apabila dapat meluahkan segala rindu dendam dengan suara yang manja lagi mengasyikkan. Tetapi apabila berkahwin dan mempunyai anak, kadang kala mereka tertekan dengan tugas dan beban yang berat yang terpaksa mereka pikul. Bebelan merupakan ubat yang paling mujarab untuk melepaskan tekanan yang terbeban di dalam hati mereka. 

Ketika berkahwin akan terserlah semua baik buruk setiap pasangan. Ketika bercinta masih boleh menyembunyikan segala keburukan yang ada. Sekiranya seseorang itu mempunyai tabiat buruk yang mungkin tidak disenangi oleh pasangan tiada apa lagi yang boleh dirahsiakan apabila berkahwin kelak kerana sudah berada di dalam satu bumbung. Jadi setiap pasangan perlu sentiasa berkomunikasi dengan baik. Tegur secara baik perbuatan salah yang dilakukan pasangan dan terimalah setiap kritikan dengan hati yang terbuka. Bagi wanita, walaupun kita telah mendirikan rumahtangga, kita perlu bijak menguruskan rumah tangga. Berilah layanan yang terbaik untuk suami. Jaga penampilan diri untuk sentiasa kemas dan cantik di mata suami. Berusahalah untuk mendapatkan badan yang ideal bukan hanya untuk kecantikan tetapi juga untuk kesihatan dalaman. 

Sikap

*Bercinta :
Anda tidak akan pernah kenal siapa kekasih anda sebenar-benarnya. Adakah dia seorang yang kedekut??pemarah??pendiam??kaki perempuan??kaki judi?? Sebelum membina sesuatu hubungan selidik terlebih dahulu latar belakang orang yang anda suka melalui cara hidupnya, bertanya dengan jiran dan kenalannya, sejarah keluarganya, bagaimana suasana tempat tinggalnya dan juga dengan siapa dia berkawan. Apabila telah membuat penyelidikan dengan terperinci barulah anda boleh mengambil keputusan samada dia sesuai dijadikan teman hidup anda ataupun tidak.

Semasa bercinta seseorang itu boleh berpura-pura dan menjadi hipokrit hanya untuk memikat hati pasangan. Sekiranya dia telah menunjukkan sikap buruk sebelum berkahwin sebagai contoh kaki pukul ataupun kaki perempuan tidak perlulah anda menerima dirinya dengan harapan dia akan berubah suatu hari nanti. Lelaki yang baik tidak akan sesekali mencederakan anda walaupun ketika dia sedang marah. Lelaki yang baik juga tidak akan mudah untuk meluahkan kata-kata romantis kepada ramai wanita. Jangan terlalu ikutkan kata hati dan perasaan cinta dan sayang yang mendalam sehingga buta untuk menilai seseorang untuk dijadikan sebagai bakal suami. Jangan menyesal apabila anda diperlakukan seperti binatang apabila berkahwin dengan pilihan yang salah.

*Berkahwin :
Sebelum berkahwin, dia mungkin melayan anda dengan baik dan dia sedaya upaya untuk menutup perangai buruk yang ada pada dirinya. Tetapi setelah berkahwin, baru anda kenal dengan siapa anda kahwini. Mungkin dialah raksasa dari segala raksasa. Pukul dan makian akan menjadi makanan utama anda setiap hari. Bagi pasangan yang kedekut seperti haji bakhil, terpaksalah anda menggunakan wang anda sendiri untuk melangsaikan segala hutang yang ada. Lelaki yang malas bekerja juga salah satu masalah terbesar dalam kehancuran rumah tangga kerana anda bakal memikul beban yang lebih berat dari tugas anda yang sebenar. Andalah suami dan anda jugalah isteri dan ibu. Hancurnya hati wanita apabila mengetahui lelaki yang dikahwini adalah seorang kaki perempuan. Itulah risiko yang akan anda tempuhi apabila mengahwini lelaki playboy. Dia tidak akan pernah rasa cukup dengan seorang wanita. Mungkin ada yang lebih teruk lagi apabila telah meniduri wanita selain isterinya ketika telah bergelar seorang suami dan bapa kepada anak-anak.


Sebaik-baiknya berkasih sayanglah kerana Allah. Bercinta banyak buruk daripada hal yang baik. Bila hati meruntun rindu syaitan akan mula menjalankan tugasnya dengan baik untuk menggoda kita supaya terus bergelumang dengan dosa dan maksiat. Dia akan jadikan masa bercinta adalah waktu yang paling bahagia dan mengasyikkan. Syaitan akan mengaburi mata kita untuk memandang maksiat sebagai satu perkara yang normal seiring dengan peredaran zaman. Jadi tidak hairanlah jikalau anda akan berjumpa dengan lelaki dan wanita yang tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai. Memilih calon suami/isteri bukan hanya didasari dengan harta, rupa, kedudukan, pangkat dan pendidikannya sahaja. Paling utama sekali yang perlu anda titik beratkan adalah agamanya. Barulah memilih kriteria lain yang ada pada seseorang yang mahu dijadikan suami/isteri.

Sekiranya anda memilih yang beragama, secara tak langsung ia akan memenuhi kriteria yang lain. Sekiranya dia tahu tentang agama dia tidak akan sesuka hati memikat wanita dengan kata-kata manis kerana dalam islam sendiri kita perlu menjaga ikhtilat di antara bukan mahram supaya terhindar diri dari fitnah dah maksiat. Apabila berkahwin kelak mereka akan lebih menghargai dan menghormati anda kerana sebelum ini mereka berusaha menjaga cintanya kepada Allah sebelum menyerahkan sebahagian cintanya kepada anda.


"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(Surah An-Nur : Ayat 30)

Lelaki yang faham tentang agama secara tak langsung akan faham hak seorang isteri. Dia akan berusaha bekerja untuk mencari nafkah yang halal dan berkat untuk isteri dan anak-anak. Dia tidak akan sesekali duduk diam di rumah sambil goyang kaki dan hanya mengharapkan isteri yang bekerja dan menanggung semua beban hutang. Mereka juga tidak akan sesekali meminta wang isteri tanpa keizinan isteri dan isteri juga tidak berkewajipan untuk menyerahkan hartanya kepada suami. Di dalam islam sendiri mengatakan dengan jelas melalui Al-Quran dan hadis tentang pemberian nafkah.

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka..."
(Surah An-Nisaa': Ayat 34)

Seseorang yang tahu tentang agama juga akan faham tanggungjawab dan amanah Allah untuk melindungi seorang wanita. Dia akan sentiasa melindungi pasangannya daripada disakiti. Seorang lelaki yang baik dan beragama tidak akan sesekali mengasari, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan sentiasa sabar dengan kerenah si isteri. Mereka akan berusaha untuk mencontohi keperibadian Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sentiasa berlemah lembut, penuh kasih sayang dan romantis, tidak pernah meninggikan suara dan marah kepada isteri-isterinya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang baik antara kamu adalah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." 
(Hadis At-Tirmizi)

Dahulu ada seorang sahabat menghadiahi aku sebuah buku penulisan Ustazah Fatimah Syarha, "Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul". Terdapat satu petikan ayat yang aku baca memang benar dari penilaian aku.

"Walaupun kita couple dengan seseorang hingga 10 tahun lamanya, kita takkan betul-betul kenal hati budinya kerana apa yang kita nampak ialah lakonan dan sikap hipokrit serta pura-pura pada dirinya. Kita hanya akan kenal seorang pacar, bukan seorang suami/isteri."

 Aku sangat terkesan dengan bait-bait kata dari Ustazah Fatimah Syarha di dalam bukunya : 

"Jika kau belum berkahwin, kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa reda Allah, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu."

"Berkahwin bukanlah pengakhiran untuk hidup bahagia selama-lamanya tetapi ia merupakan satu permulaan dalam menjalani kehidupan panjang yang penuh liku dan ranjau" 

As Salam.


Put your trust in Allah ~

11.6.15


Assalamualaikum. 
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Dah lama tak update blog. Rasa nak kepam berapa bulan baru ada idea nak tulis entry baru. Nak tulis tentang apa ya?? Haa pada kome yang malas cuci baju macam aku ni haa, nak promote satu tempat yang sangat cantik dan suasana pun agak romantik. Siapa yang dah kahwin tu, sambil basuh baju boleh la berasmara dana sekejap dengan laki uols. Kedai ni baru je buka berapa bulan yang lepas. Nama kedai ni 'Workit Laundry' kat Jalan Reko, Kajang. Kat sini of course la ada mesin cuci extra sabun pencuci dan pengering pakaian, ada TV, wifi, kerusi urut, coin deposit machine, ruang menunggu dan tempat khas untuk pembaca novel. Nasib baik rumah sewa aku jauh dari kedai ni kalau tak dengan rasa riang gembira aku dapat wifi free. 


Sejak akhir-akhir ni, aku rasa resah gelisah. Banyak sangat fikir benda yang tak sepatutnya aku fikir. Nanti nak tengok cerita 3 idiot. Hee! Cerita hindustan yang banyak bagi inspirasi pada aku tentang kehidupan. Aku berpegang pada satu benda. Jangan terlalu fikirkan apa yang akan terjadi pada hari esok sehingga membuatkan kita rasa lemah. Kita hidup untuk hari ini. Buat yang terbaik untuk hari ini kerana kita tidak tahu adakah ada hari esok untuk kita. Oh ya, jangan salah faham dengan ayat tu. Aku tak cakap kau tak payah fikir masa depan langsung. Perlu jugak cuma jangan terlalu membebankan dan menyesakkan fikiran dengan memikirkan masalah sehingga terbawa-bawa sehingga ke hari seterusnya sebab secara tak langsung masalah tu akan membuatkan kau rasa down dan lemah semangat.


Baru-baru ni banyak sangat masalah yang datang. Mungkin ini ujian Allah untuk menguji kesabaran aku untuk hadapi masalah yang datang dalam hidup aku. Mungkin jugak aku belum cukup berusaha ataupun aku belum cukup ikhlas berdoa sungguh-sungguh pada Maha Pencipta. Aku taknak menunding jari pada sesiapa walaupun kadang-kadang sikap mereka agak menyesakkan jiwa aku. Tak semua Allah bagi senang-senang kita akan dapat. Sedangkan Nabi Muhammad, Rasulullah kita sendiri lalui pelbagai kesusahan, kepayahan dan ujian yang lagi memeritkan. Tak akan kita manusia biasa baru diuji dengan sedikit ujian, terus putus asa. Aku percaya kebahagiaan pasti akan datang nanti. In Sha Allah. 

Dah nak Maghrib. As Salam. 


 
S Pink Premium Pointer