Tiada Seram yang kedengaran :x

25.3.11

Assalamualaikum..^_*

Wow lama bebenor aku tak masuk blog buat entry..tadi baru lepas blogwalking..ubah selera lak.. nak tulis tentang cerita hantu..siyez aku memang suke tengok,baca,dengar cerita hantu.. tapi engkOrang tak tahu aku ni penakOt gila..

kalau aku tidur xleh sOrang2 nanti aku takut, berdebar2, seram, berpeluh2 semua ada lah.. selalunya kat rumah aku tidO ngan adik aku, kalau kat hostel aku tidO ngan membe aku.. bayangkanlah kalau dorang balik kampung.. naya aku tak leh tidO sampai subuh..hehe..

Kalau diikutkan pengalaman aku, tak pernah lak aku jumpa dengan benda2 nih.. dan aku harap xkn pernah jumpa pon..takut woO..!! Hopefully.. If aku tidO sorang2  gak lampu tu kene dipasang selalu, kalau tak aku kompem xleh tidO..asek teringat dan pikir macam2..

WalaupOn tak pernah nampak, tapi aku selalu kene tindih.. kat mana2 aku pegi je mesti kena..ada jugak kene tindih macm kene hempap batu besar.. punyalah berat nak mati, bangun pOn susah..padehal mata terbuka..ada jugak terasa macam dipegang kat kaki, leher..tup2 badan tiba2 rasa kaku..

Dah biasa kene, xde lah cuak sangat..tapi yang pelik kalau kene je lupa semua ayat2 yang sememangnya aku dah hafal berkurun lama..dats y aku punyer mata nampak dark circle..sebab aku selalu tidur lambat...ngeh3..~



Terdengar jek..!!
Masa tahun 2000-an, aku tidO ngan kakak aku, sebelum tu dia belum kawen lagi.. lagipOn bilik untuk perempauan memang ade satu je, so tidO sama2 la.. Kakak aku apply kerja dekat rawang..dia nak pindah gi umah my aunty.. Aku risau tau...bukan risau dia gi sana, risau aku kena tidO sorang2 kat bilik tu.. nak ajak adik aku tu kecik agi..tidO bawah ketiak mak aku lagi dieOrang..

Bila dia dah pindah bermula episod tekanan melampau xleh tidO dengan tenang.. kalau tidO kena buka lampu dapur, pintu bilik buka luas2..sape2 yang berani tutup pintu bilik aku dan padam lampu, automatik aku buka dan pasang lampu balik.. Jangan mara aa..!!

Ada satu malam, aku tak leh tidO, hati tak tenang.. dalam pukul 2 pagi aku terdengar sOmething.. cuak beb..!! kalau setakat batu dibaling kat atas atap tu ok lagi..ni dengar orang mencangkul pagi2 buta.. betul2 tepi bilik tingkap aku..aku lak tido kat tepi tingkap.. waduh bikin gempak... Aku bangun cepat2..aku tau aku tak bermimpi.. sebab aku leh dengar jelas aku nak pi buka tingkap nak usyar..wah macam berani je kau kan siti..

Ahh tak jadi...aku dah lah penakOt, nak tengOk agak2 pengsan kat situ gak.. aku berlari gi bilik mak aku, tidO diam2 sebelah adik2 aku..keesOkannya aku cerita la kejadian semalam..mak aku cakap gini " Kau mimpi la tu.."erkk..mimpi ke...agak nye lah kot..* nak sedapkan hati sendiri..

Pagi2 buta aku gi tempat yang aku dengar bunyi malam tadi..aik xde kesan orang mencangkul pOn.. ape la yang die nak buat kat sini..nak tanam apa la tu.. so aku wat tak tau je..malas nak pikir..dan seterusnya malam2 aku jadi kelawar sampai sebulan lebih...Dan akhirnya kakak aku benti kerja..
seronoknye..!!! yahOo..!! tak yah tidO sorang2 agi..

Oke tu je kisah pengalaman aku..aku bedoa xde yang lebih teruk agi dari ni..
InsyaALLAH..

Rindu kenangan itu ~

19.3.11

^ Assalamualaikum *

Salam hari sabtu semua.. :)
Hari2 cuti ni kOrang pegi mane?? dating, balik kampOng, keluar jalan2??...hari ni aku tak pegi mane2 pOn sebab ada pembentangan untuk program KAS..Duduk dalam bilik diam2 malas nak keluar..hik3..:)

Dari semalam lagi aku teringat banyak benda..yang pasti benda yang aku rindu..rindu sangat2..Apa kah itu cik siti?? banyak benda yang aku rindu sebenarnya...mari sama2 kita refresh kembali apa yang pernah kita rindu dan membuatkan kita tersenyum sumbing sOrang2..

Oke aku listkan 5 benda yang aku rindu..

* Rindu Norhaslinda * 
Aku rindu dengan sahabatku Norhaslinda
tahOn kejadian : 1995

Sesungguhnya aku rindu kau linda...rindu sangat..masa tu kita selalu main masak2 kan?? lepas tu pergi tangkap pepatung, main patung..semua benda kita main sama2... kita rapat betul...tiba suatu hari kau cakap kau nak pindah..aku sedih hilang kawan sebaik kau.. aku rindu sangat kat kau nanti..aku teringat lagi apa kau cakap :
Linda : siti, nanti aku dah nak pindah..aku tak duduk kat sini dah..
Aku: Kau nak pindah kat mana??
Linda: Aku nak pindah kat pahang..
Aku: Ala nape kau nak pindah..nanti aku xde kawan nak main sama2..
Linda : xpe, aku akan selalu teringatkan kau...tapi aku dah tak balik sini lagi..
Aku: Yeke?? :'(
Lepas linda pindah dia dah tak pernah balik lagi kat kampOng..masa tu aku tak ada talipOn,budak kecik je kitOrang masa tu mana la ada handpone..membaca pOn tak tau lagi ni kan nak tulis surat.. tapi ada sesuatu benda yang linda bagi kat aku..tapi aku tak tau dah pegi mana barang tu..sekarang umur linda dah 22 tahun muda setahun dari aku..apa dia buat sekarang ni kan?? Hurm.. :'(

* Teringat dekat cikgu Azman *
TahOn kejadian :Tak ingat mungkin 1999


Cikgu azman ni cikgu peberet kitOrang masa sekOlah rendah..sebab dia hensem..ramai budak2 sebaya aku yang nak tekel cikgu ni..aku pOn minat jugak sikit2..hehe :) gatalnye kau kan siti..!! cikgu ni mengajar kitOrang muzik..macam2 yang kitOrang belajar..setiap kali dia mengajar aku fOkus sangat ye..

Masih ingat lagi masa standart 6 dia ditukarkan ke sekOlah lain..memang sedih jugak nak tinggalkan cikgu yang paling hensem kat sekolah tu..tapi apakan daya semua suratan takdir..ceitt.. ayat skema..Sejak dari dia ditukarkan sekOlah, dia dah tak jenguk lagi kat sekOlah kami yang tak seberapa nih..Beberapa tahun lepas tu  akhirnya dia datang jugak tapi bukan sebagai cikgu hensem yang sOlo..tapi dah berbini dah..
melOpeh den..

Umur cikgu Azman ni dah berapa agaknye ye... :)

* Sayang pada mainan ayamku *
Tahon kejadian : 1993


Ni benda yang paling sentimental buat aku..sebab mainan ni mak aku yang belikan untuk aku..Masa ni aku anak bongsu sebelum adik2 aku dilahirkan..bagi aku mainan ni paling cantik, paling seronOk, paling cOmel sebab mainan ayam tu ada anak2 dia kat tepi iye...Aku masih ingat lagi aku main dengan abang aku, dia dapat kereta..aku dapat mainan ayam.

Dok sOrong keliling kampOng...kOnon nak bagi tayang kat semua Orang kampOng..gila glemer..serOnok..!!! aku siap simpan dalam almari tak nak Orang main..lepas beberapa tahun aku buat tak tau dengan mainan aku..tup2 aku teringat balik..hurm..bila cari dalam almari dah tak da..!! hilang sudah...

Aku cari seluruh rumah..stOr, bilik, jamban ~ tanya kat mak, mak kata dah kena buang la tu..oh tidak..!!
kesedihan beraja dalam hati..sob3 rindu sama wa punya ayam...pulangkan..!!
* Terkenang pada bakal ustaz....dah lupa nama *
TahOn kejadian : 1999


Dulu kat sekOlah ada satu bengkel berkaitan solat dan semua tentang islam..ada beberapa student dari universiti islam datang buat bengkel untuk kami pelajar sekOlah rendah..kOrang bayangkan la betapa excitednya kami budak2 pOmpuan sebab abang2 tu semua hensem, alim, educated.. memang rambang mata sampai lupa tujuan nak belajar agama...adoii..!!

nak tau x..nak tau ke?? oke2...sebenarnya aku minat kat salah sOrang dari abang2 tu semua.. baik dan lembut je cara percakapan dia...wah memang mata aku tak berkedip.. siyez suka sangat2..semua aktiviti yang dOrang buat semua aku join dengan rela hati..

Bila hari2 terakhir kami dengan dOrang memang keciwa nya hati ini... dOrang dah nak balik dah...tapi dOrang janji akan bagi surat untuk kami semua.. aku punya tungu punya tunggu akhirnya dapat jugak surat dari abang tu.. yahuu..!! gumbiranya...aku simpan elok2 surat dari iye untuk seketika..

Tapi kOrang tau lah kan...mana lah aku nak simpan sesuatu benda tu lama2... surat tu pOn entah kemana...aku dah lupa dah pOn.. bila teringat balik aku senyum sorangt2 mesti dOrang ni dah jadi ustaz kan?? kalau betul Alhamdulillah...
* Rindu pada zaman kanak2 aku *
TahOn kejadian : 1995 - 2000

[ Kredit to : fitrah-hanan.blogspot.com ]

Rindunye zaman kanak2...rasa nak kembali balik zaman kanak2 ku...siyez seronok..kecik2 nakal suka merayau kat dalam hutan..main guli, teng-teng, ondok2, main masak2, layang2, rounders, police entry..ambOi kalau nak sebut semua permainan, semua aku dah pernah main la..lapang je pikiran sebab tak yah pikir masalah, xpayah pikir pasal orang lain..

Aku paling teringat bila aku dengan beberapa orang rakan kamcingku..pergi memancing..berlagak macam terer je nak tangkap ikan..padehal pakai kayu, tali pancing dengan mata kail je..mengharap macam nak dapat ikan besar..

bukan tu je...paling tak tahan orang selalu memancing dekat sungai..yang kitOrang memancing tepi selut...air cetek...bagus sangat lah kawan aku semua..alih2 sOrang kawan aku turun bawah tangkap guna tangan...haa dapat sekor...

teruja dia cakap nak suruh mak dia masak..dapat ikan keding tak payah nak beranganla nak suruh mak kau masak...aku pun suruh lah dia lepaskan balik ikan tu...pape pOn kitOrang happy sangat sebab dapat pengalaman yang tak ternilai... :)

Itu dia serba sedikit kenangan rinduku...sebenarnya banyak lagi tapi kenangan ni yang paling2 aku ingat sampai bila2...pada orang2 yang aku sebut diatas...aku rindu sangat pada semua..mesti semua bahagia dengan kehidupan masing2...Aku doakan kejayaan mereka semua..
Amin...

Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis

17.3.11



Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"

Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"

Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?"

Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?"

Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"

Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"

Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“

Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"

Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau,sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.


Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

[ Kredit to : http://goblog606.blogspot.com ]

tO Kakak ipar tolOng baca..!!

16.3.11

Salam..
Oke moOd dah kembali seperti biase..entry kali ni nak stOry pasal bakal ipar kOrang.. seperti biase kOrang akan ditanya apa ciri2 bakal ipar yang kOrang suke?? haish pelik je soklan nie sepatutnya bakal ipar tu jadi bakal sOmi ke isteri.. mesti ade yang cakap...

"Ada kene mengena ngan aku ke ipar2 ni semua??"
"Bukan jadi bini/laki aku pOn.."

Memang la tak penting tapi untuk masa depan maybe sangat impOrtant la.. ini bukan ditujukan pada sesape...just for reminder...mari kita lihat apa ciri2 yang bOleh kita tengOk..

[ Pertama : Bertudung ]


[ Kredit to : hijab-scarf.com ]

Bertudung itu lebih indah kan?? sejuk ati mak kita tengOk menantu dia pakai tudung dari tengOk rambut kaler hijau, kuning, pink color sape yang tak berbulu mate tu tengOk rambut spesies tak serupa rambut..

Note : xde la Orang kampung sebOk mengata pasal rambut menantu mak kite tu.. yang jadi bakal sOmi pOn xde la dOse bertimbun2 Oleh kerana free shOw rambut isterimu di khalayak...

[ Kedua : Dalamannya lemah lembut ]

Ini terpulang pada individu la..ade yang nampak kasar luaran tapi dalaman baiknye die... ada yang nampak lemah lembut sekali marah tetibe keluar muka biskut tiger.. yang penting jangan tengOk luaran ye..carilah yang baik dalaman dan luaran..

Situasi 1 :
" Aku benci gile la ngan adik ipar aku tu.."
" Awatnya cek ??"
" SombOng nak mampuih..suka wat muka macam tak bersalah je.."
" Tu je kan.."
" Ada lagi, dia suka kutuk kitOrang belakang2.."

Note : ditakdirkan dapat kak ipar macam ni alamat hancurlah hubungan kekeluargaan sesame keluarga mentua ngan keluarga sendiri..mintak dijauhkan.. :)

[ Ketiga : Ringan Tulang ]

Bahagia je rasa kalau kite sebagai adik ke kakak dapat kak/adik ipar yang sangat rajin..dan ikhlas melakukannye..

Jikaku dapat kak ipar yang sangat lazy merana lah mak aku kena wat keje, masak pOn dia, mengemas pOn dia.. jaga anak pOn suruh mak jugak...kalau aku dapat kak ipar camtu aku lempang laju2...

Note : cian sangat mak kite yang semakin meningkat usia kena wat semua benda, at least ada menantu leh lah tOlong2 pe yang mampu.. Rajin jangan yang sekadar menunjuk..Biarlah dengan hati yang ikhlas..
xkecian ke tengOk mak kau buat kerja penat2 bini kau gOyang kaki...=_=

[ Keempat : Peramah dan Murah Senyuman ]

Aku suka kalau dapat kak ipar yang murah senyuman dan peramah...sejuk hati den bak ais yang mencair..same like my mOm la kan...xla rumah aku tu sunyi je sampai bOleh dengar cicak beranak..aku pOn akan mulakan Operasi gOsip penuh terhOrmat bersamanya.. keh3..~

Note: Semua Org pOn jadi suka ati dan gembira sampai ke telinga..

[ Kelima : Pandai masak ]


[ Kredit to : basikal-pancet.blogspot.com ]

Hati berbunga2 riang dapat kak ipar suka masak..leh aku goyang kaki sejenak bersama tom tom bak..lagi best kalau die reti wat macam2 jenis masakan yang tak pernah aku rasa dalam dunia ni..-hahaha- demand sangat dah tu..

Note : Bangun je pagi nampak sarapan pagi tersedia, bangun tido tengahari nampak makanan dah ade, tiba je malam, makanan terhidang dengah megahnya..wah terus gemuk gedebuk aku kalau dapat kak ipar yang suke masak..

[ Keenam : Solehah ]

Beruntung abang aku dapat isteri solehah..effectnye akan terasa kat aku...
Bila aku ade wat salah ada orang tegur2 kan...pOmpuan sesame pOmpuan lebih mengerti dan memahami.. sayup aku dengar kalau bakal kak ipar aku baca Al-Quran tiap2 hari..

Sungguh aku sangat suka..!!

Note : Akan mendapat seorang anak buah yang baik, soleh dan sOlehah dan menghOrmati aku sebagai mak teh yang cOmel [ dalam keadaan perasan ]..InsyaAllah..

[ Last : MenghOrmati Suami dan Keluarga Mentua ]

esOk2 suruh la abg ke adik lelaki cari bini yang pandai hOrmat keluarga mentua dan suaminya..means semua benda yang berkaitan suami dia akan hargai dan hOrmati.. tak ada lah dOk lebihkan mak sendiri je kan..kene 50:50 la..

Note : mak aku pOn xde kecik ati bila seOrang menantu yang pandai mengambil hatinya.. aku pOn tumpang gembira tengOk kegembiraan mak aku.. :)

Bukan main lagi aku ye...yang kawen nye bukan aku... tapi ini just my Opinion je kan..pada bakal2 yang nak kawen tu tOlong jadi yang terbaik untuk semua pihak.. xsemua orang perfect kan..mesti ada terkucil sana sini.. tapi yang penting apa yang rasa xelOk tu ubah2 la bagi elOk..

As Salam..


I miss U so much :'(

15.3.11

Assalamualaikum...
rindu pulak dengan kek0tak ni..tadi g bl0gwalking bl0g2 orang yang aku suka kelip2 mata.. macam2 jenis blog ade, ade yang suka cite pasal hal peribadi, yang suka wat contest tok tarek ramai follower, ade jugak blog yang over blogger..aku aku aku ?? aku pulak suka duduk diam lam dunie sendiri.. :)

Bukan tak suke becamp0r ngan 0rang tapi aku suka d0k buat hal sendiri tak saketkan hearty orang kan kan kan....aku buat blog ni bukan t0k tarek foll0wer beriban2.. tapi juz untuk puaskan hearty aku dengan apa yang aku cite..

takde foll0wer ramai p0n xpe maseh ade mata c0mel yang datang teng0k walaup0n xsampai satu setengah orang...satu setengah??? maksudnya s0rang tu memang ikhlas sejati usyar bl0g aku yang insan2 lain tak sengaja type kat bapak g0ogle terkelik blog aku..ekeke~ padehal dia xtau sapekah aku..heheh :)

eh2 nape aku punya ayat dah jadi macam gini?? saje nak 'mencapub' guna word yang memang salu aku cakap lam percakapan...asek word skema al suci je bila tulis entry...b0san wo0... hip0krit je aku neng0k aku tulis ayat ala2 tak bersalah dan tak pernah wat salah..hahaha...

mesti ada yang gila meroyan xmau tengok blog aku dah pas bace setiap ejaan bahasa melayu dihancurkan oleh aku..ayat tah pape..takpe2...saya tetap senyum manis pada anda...



sebenarnya aku rindu pada Allah...rasa macam wat salah beratus2 kali.. sampaikan aku tak tau macam mana nak dapatkan hearty aku yang dulu.. aku tak pernah terima dugaan yang hebat..kenapa?? hanye aku yang tau... dan mungkin aku yang xpernah nak usaha...

* saat ni aku rasa sebak tibe2  *

k la next time aku kembali tulis entry merepek ye..!! go cik ct..!! As Salam.. :'(

+ Banyak hal betul bila datang bulan..!! +

13.3.11

Assalamualaikum..
Entry kali ini aku nak sentuh pasal wanita ketika datang bulan..
ehemm...kepada yang lelaki2 sila baca dengan laju...
kepada si gadis baca lah dengan tekun dan sabar..
[ Habis aku kena hentam kejap lagi ] -- sharing is caring kan.. :)

Ketika datang bulan kebanyakan wanita akan mengalami senggugut..
Kebiasaannya pada hari pertama dan kedua..ada sesetengah wanita akan rasa lenguh-lenguh di bahagian pinggang dan ada juga yang tidak mengalami sebarang kesakitan.. Terpulang kepada individu itu sendiri..

Apa itu senggugut ??

Senggugut atau 'dysmenorrhoea' ialah pengaliran haid yang sakit..
Korang mesti pernah tengok kawan2 perempuan dekat sekolah atau satu tempat kerja ada yang ponteng sekolah, mintak surat cuti sakit..tengok betapa kuatnya penangan senggugut ni..Ada jugak yang bagi alasan busuk mintak cuti sebab
senggugut..


Benda ni berlaku jugak pada orang yang tengah taip entry ni..siapakah? hehe :)
Masa kat sekolah dulu selalu gak dok ponteng sekolah..hehe..
sehari dalam sebulan pulak tu..so korang bayangkan la kalau aku sekolah untuk setahun maknanya [ 12 kali ] aku tak datang sekolah.. nampak tipu sangat lah kan..cuti tak kira la pulak..

1) Jiwa Kacau

Sesiapa yang ada makwe tu tolonglah faham perasaan makwe korang masa dia tengah datang bulan.. Mesti lelaki pelik kenapa perempuan cepat meradang.. Dari yang lemah lembut, ayu + manja tetiba jadi macam mak joyah..pok pek pok pek tak tentu pasal..Ada jugak yang gaduh sampai putus cinta.. Jiwa kacau la tu..Actually benda ni normal..sebab pembentukan hormon menyebabkan emosi
wanita terganggu...

2) Halusnya Emosi

Jiwa wanita sememangnya sensitif..tolong jangan menambahkan lagi kesensitifan beliau.. Elakkan lah keceluparan anda tak pun cakap benda yang dia tak suka masa dia tengah datang bulan..
masa ni la pulak korang nak buat lawak bodoh, terkutuk depan2, buat april fool ke.. memang automatik lah korang kena sound direct..lepas tu dia kecik hati merajuk 18 bulan.. ha tak ke naya tu..

3)  Lesu dan Letih

Sakit senggugut akan menyebabkan kebanyakan wanita rasa lesu dan letih.. terutamanya masa hari pertama wanita datang bulan memang badan akan rasa penat , letih + sakit.. Kepada suami yang dah beristeri tu kalau korang balik rumah tengok rumah macam tongkang pecah, buka tudung saji ada ikan goreng paling kurang pun telur goreng je..ekeke~

Janganlah marah pulak.. Apa kata korang sabar dulu..c0ol je.. fahamilah situasi isteri anda ye.. bukan sepanjang datang bulan tu dia tak masak, tak kemas rumah pun.. sehari dua je.. sebab sakit senggugut bermula pada hari pertama dan kedua..lepas tu dah ok macam biasa..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah..kepada wanita2 disana jagalah diri anda sebaik mungkin ketika datang bulan.. Jagalah kebersihan anda ketika dan saat datang bulan sebab syaitan paling suka pada sesuatu yang kotor....jangan buang merata2..!!




Ini ada kisah benar dari sekolah aku yang ada kena mengena dengan entry diatas..

Cerita ni berlaku masa aku tingkatan 3..Persatuan pengakap ada buat perkhemahan dekat sebuah kawasan sekolah di perak..masa tu time cuti..dah lupa nama tempat tu..Tapi masa ni aku tak join pengakap..Cerita ni aku dengar dari kawan - kawan yang join pengakap.. perkhemahan biasalah dekat dengan hutan...tak kan dekat tepi laut pulak kan..

Jadi nak dijadikan cerita ada lah sorang hamba Allah ni dia datang bulan.. maybe dia tak tau pantang larang orang melayu tu pasal dia buang pad dekat tepi hutan..malas nak cuci la tu..malam tu macam biasa dah tak ingat pukul berapa kejadian berlaku, ada beberapa orang yang jadi pak guard dekat luar khemah...

Dalam syok jadi pak guard terhemah tetiba ada suara perempuan menjerit..Histeria..!!


Ingatkan sorang je yang kena..tapi berjangkit-jangkit pulak macam virus...dari sorang ke sorang kena histeria.. menjerit2 malam tu..cikgu semua datang tengok..yang perempuan bawak pi tempat lain jauh dari budak2 yang kena histeria tu..perempuan kan cepat lemah semangat..

Ada sorang cikgu ni tolong baca ayat2 bagi dorang ok balik..lepas tu tak tau pe jadi sebab member yang cerita kat aku tu kene pindah tempat lain..Bila semua dah reda cikgu marah sangat2..
 
Esok pagi cikgu panggil semua ahli pengakap perempuan dan tanya siapa yang buang pad merata2?? ha
macam mana cikgu boleh tau..member aku tu pun pelik..masing2 tak nak mengaku..last2 cikgu suruh siapa yang datang bulan tu pergi masuk hutan cari balik benda yang dah dibuang tu ada la cikgu yang teman kan..masing2 tak nak mengaku kan..sebab sorang semua kena.. Tapi tak jumpa..

Operasi besar-besaran..!! dari dok best berkhemah kena buat kerja lain..cari pad2 yang dibuang merata2 dekat sekitar bangunan sekolah dekat kawasan perkhemahan dorang tu..tempat yang paling popular mestilah dekat tandas2..banyak jugak yang perempuan2 yang tidak dikenali yang membuang pad merata2.. haish..pe nak jadi nih..

Lepas je selesai dorang terus berkemas dan balik...Cikgu ada pesan jangan sesekali buang benda yang berkenan dekat merata2 tempat..ada benda yang suka..so jagalah kebersihan..jangan dok gatal sangat selit2 kat mana2..


P/S : Penat dah nak menaip nak tidur dulu ye..Salam..

++ Jari jemari mencipta lakaran ++

12.3.11

Salam...
Sedih nye...Minggu ni tak dapat nak balik kampung sebab sakit perut berguling-guling gak tadi.. sakit orang perempuan kan..paham2 sudah... :)

So dalam sakit2 dan keboringan tahap orang gila..aku pun mula memulakan hasil jari-jemari aku.. melukis tak hengat dunia...berjam jugak la aku nak lukis gambar yang satu ni sebab guna software PAINT..

Mungkin sebab aku ni tak expert lagi memang sesuai dalam kategori tahap budak sekolah lagi nak melukis...Kemudian hari, kena asah sampai tajam..

Oke oke...nak tengok tak??? ala tak cantik pun..macam budak kecik melukis je..hehe :)

Jeng jeng jeng..!!!

Ye itu lah saya...Cik Siti... [ perasan nak mati ] 


[ Gambar ni adalah rekaan semata-mata]

Teringin sangat nak pakai cam ni tau.. bila pergi keluar shooping2 cuci mata semua pakai fesyen cenggini.. colourful sangat..tapi cantik..!! tapi muka aku ni orang kata jenis panjang... so tak sesuai sangat la kalau pakai..

Baiklah..!! aku nak gemuk ye..bagi pipi gemuk macam buah tembikai..nanti kalau impian aku tu tercapai..aku kongsi lah apa rahsia nya...kita bluetooth sama-sama..

P/S : Bertudung lah dengan sempurna :)

untitled

9.3.11

Salam semua..
ewah dah lama betul cik siti tak masuk blog yang tak seberapa chantek ni..
busy la katakan..tak tau la sisi mana bz nye tu..yang penting memang
gila sibuk sekarang ngan projek, buat report, presentation lagi..

blog ni bukannye ibarat diari bagi aku..sebab tak semua cerita dalam hidup aku
ni boleh dikongsikan untuk tatapan umum..cerita tentang teman istimewa atau
pape yang seriously privacy aku tak kan story la kan sebab tak suka cerita
hal peribadi.. :)



Tapi sejak kebelakangan ni agak jiwa kacau jugak la dengan some0ne ni..
agak marah jugak dengan tindakan dia..he was really makes me in confusion..
h0pefully he can relized his 0wn mistake..dan lebih menghormati wanita dalam semua hal..

ceh kata tak nak cerita pasal hal peribadi tapi cerita jugak..ekeke~
ini bukan semata2 ditujukan kepada 'orang' tu je..kamu2 semua yang berhati jantan tu silalah hormati orang yang tersayang..

Masuk semester depan ingat nak beli handset baru..kalau ada duit lebih :)
leh snap pic banyak2...orang kata gambar boleh menggambarkan seribu cerita.. dari aku dok mengarut dalam ni banyak2...baik aku letak gambar banyak2.. tak payah aku membebel tak tentu hala...hihihi..k la nak sambung melayan perasaan..

As Salam..
 
S Pink Premium Pointer