Yakin pada-Nya

1.7.16


Assalamualaikum. 
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

[ Imej : imslaveofallah.tumblr.com ]

Sebagai seorang pekerja yang dah bekerja selama setahun sebagai seorang multimedia programmer memang banyak cabaran dan dugaan. Percaya tak sebelum aku bekerja aku memang tak reti langsung buat aturcara. Aku bukannya pandai sangat. Nama je student IT tapi tahap pengetahuan aku tentang IT sangat-sangat sedikit. Berbalik kepada tadi, sebelum apply kerja niat dihati nak jadi multimedia designer yang berjaya sebab aku suka design. Tapi yang aku dapat tak seperti yang aku rancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Aku bukanlah programmer yang berjaya. Hanya tahu buat program untuk Multimedia Flash. Sebenarnya aku benci programming. Serius. Tapi takpalah first time keje kan. Nak memilih sangat pun tak boleh sekarang ni. Lain lah kalau aku ambil jurusan pendidikan dah tentu-tentu dapat jadi cikgu. Pengalaman tu lebih bernilai daripada hanya menilai dengan sekeping sijil diploma/degree/master. 

Bila buat aturcara kena tahan stress. Stress memikirkan nak bina program aturcara. Tanpa pembantu. Sorang-sorang. Setiap kali masalah nak selesaikan aturcara, aku tetapkan dalam diri, setiap kesusahan akan berakhir kesenangan kalau kita sabar. Bila tak dapat selesaikan masalah aturcara aku akan berdoa semoga Allah permudahkan segala sebab aku yakin Allah akan bantu aku, dan setiap kali aku berjaya selesaikan aturcara aku bersyukur pada Allah dengan ilmu yang dia pinjamkan untuk aku. 

Jangan mendabik dada dengan kepandaian kita. Jangan ingat kita pandai disebabkan oleh diri kita yang pandai. Tapi semua tu adalah kerana Allah yang bagi ilmu tersebut dengan kehendak-Nya. Akal diciptakan oleh-Nya. Kalau Allah tak bagi akal macam mana nak berfikir.

Firman Allah S.W.T:
“Dia memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barang siapa di beri hikmah, sesungguhnya dia telah di beri kebaikan yang banyak”. 
(Surah Al-Baqarah : 269)

Yakin pada Allah tak?? Kalau tak yakin memang gelisah la hidup kita kalau Allah bagi sikit ujian. Kalau nak dibandingkan ujian yang Allah bagi pada Rasulullah dengan kita macam langit dengan bumi. Ujian tu akan dapat diatasi dengan kesabaran yang tinggi. Nak sabar tu susah kan. Susah. Siapa cakap senang.

Dulu masa zaman muda remaja kalau hilang barang sikit je aku dah jadi raksasa terutamanya dengan adik-adik.

"Ko amek barang aku kan??" - aku
"Mana ada..!! Main tuduh je.." - adik
"Iye kalau bukan ko sapa yang ambik lagi???" - aku
"Aku cakap aku tak ambik, aku tak ambik la..." - adik

Gengster tak aku. Hehe. Betapa tingginya ego seorang kakak. Pertengkaran berakhir dengan perasaan marah yang meluap-luap. Cari punya cari akhirnya jumpa jugak barang tu terselit kat mana-mana. Menyesal sudah. Nak mintak maaf malu. Malu dengan adik sendiri. Tengok... Allah uji dengan hilang barang tapi kita tak boleh sabar siap buat tuduhan pada orang yang tak bersalah.

Firman Allah S.W.T:
"Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." 
( Surah Al-Baqarah :153)

Masa zaman remaja aku pernah hilang barang, lencana sekolah je pun. Kalau tak ada kena denda. Esok sekolah dan perhimpunan pagi pulak tu, itu yang buat aku takut sampai nangis-nangis sambil hentak-hentak kaki cari lencana. Saat aku hampir-hampir putus asa, aku berdoa sungguh-sungguh pada Allah. Tak sampai beberapa minit. Terdetik sekeping hati nak cari belakang TV. Cehh! Bayangkan siapa je yang terfikir nak cari lencana yang kecik tu dekat belakang TV?? Aku rasa macam ada sesuatu kat belakang tv tu seakan-akan lencana aku yang hilang berkurun lamanya. Yapp!! Lencana aku..!! Alhamdulillah. Hanya ucapan syukur yang terkeluar dari lidah aku. Allah hanya ingin menguji hamba-Nya dan Dia juga mahu kita merintih berdoa kepada-Nya.

Beberapa bulan lepas aku hilang geran kereta yang aku simpan elok dalam almari. Tapi entah kenapa bila aku cari balik, almari tu dah bersepah-sepah dengan buku-buku adik. Aku tanya elok-elok samada dia ada keluarkan barang-barang yang ada dalam almari tu sebab sebelum aku kerja kat Kajang aku susun elok-elok semua sijil-sijil penting, buku-buku. Dan jawapan dia sangat mengecewakan sanubari aku. Dia tak ada keluarkan apa-apa barang pun dalam almari tu.

Aku cari dengan sabar. Tak jumpa pun. Dalam masa yang sama aku yakin Allah akan bantu kita selagi mana kita bersabar. Aku doa pada Allah semoga aku jumpa balik geran kereta. Esok tu, aku terpaksa balik Kajang, tak boleh nak sambung cari. Seminggu lepas tu bila balik kampung aku cari lagi sekali dekat tempat yang sama. Eh eh..Ada. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.

Salah satu wasiat dalam buku '30 wasiat Imam Syafi'e' : 
"Marah adalah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun." 

Nak jadi penyabar sangatlah payah. Tapi kalau tak dipupuk dari sekarang, kita tak akan dapat atasi kemarahan tersebut. Kalau tak nak terkena panahan syaitan, kita perlu selalu muhasabah diri dan sabar dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita. Mungkin ujian yang Allah bagi adalah kerana dia rindu pada rintihan kita kepada-Nya. Itulah kasih sayang dari Allah. 

Buat kakak :
Bersabarlah kakak. Dunia ini hanya sementara jika dibandingkan di 'sana'. Doa sentiasa mengiringimu. Engkaulah wanita tabah. 

As salam.

 
S Pink Premium Pointer