Sekeping hati yang comel

26.2.11



Bismillah..
Salam..malam ni aku nak berjiwang sekejap.. :)
I wanna story about me and our feeling..

SUKA..Mesti pernah rasa suka pada seseorang kan..
Tapi ni bukan suka suki tau ni suka pada orang yang membuatkan kita terasa ingin menjadi yang terbaik.. perasaan suka pada seseorang yang kita rasa boleh membimbing diri kita seorang insan yang lemah ..untuk membentuk kita ke arah yang lebih positif..

Apa rasanya kalau kita dah jatuh suka pada orang yang berkenaan?? nak meluahkan atau mendiamkan diri??
Bagi aku, lebih baik kita mendiamkan diri sebab perasaan tu akan hadir dengan sendiri kalau dia betul-betul jodoh kita..

Tak semestinya kita tak meluahkan perasaan tu menunjukkan kita tak berusaha.. Berusaha melalui cara lain dengan mempamerkan diri yang terbaik di hadapan orang yang kita suka.. contohnya dari segi pakaian..menutup aurat yang betul..

Tapi kalau meluahkan perasaan tu biarlah kena pada tempat, cara dan waktu.. jangan lah sampai memalukan diri sendiri.. Malu itu perisai orang beriman kan.. :)

Cinta bagi aku satu perkataan yang cukup indah.. Memang indah jika dengan terlafaznya akad nikah..
Aku akui bercinta sebelum kahwin teramatlah bahaya.. Kalau anda rasa anda jarang berjumpa dan tak buat apa-apa pun.. syaitan tu boleh membisikkan ke dalam hati pasangan dengan cara yang sangat licik..

Sebagai contoh zina hati..kita tak rasa ke bila kita mesej dengan teman lelaki or teman wanita itu dikira zina hati jugak..Bila hati sudah rindu tangan pun dengan rajinnya menaip mesej dan menekan punat nombor membuat penggilan super saver 60 minit untuk melepaskan perasaan rindu..

" Sayang, b rindu la kat sayang.."" Sayang pun.. "
" Kiss sikit boleh?? "" Mmuahh..!! " 

Seterusnya zina mata, bila berjumpa mula pandang-pandang, bila pandang-pandang terasa sayang..menatap lama-lama wajah kesayangan yang dah beberapa hari tak berjumpa.. senyum-senyum, malu-malu, tersipu-sipu kalau tersilap langkah terjatuhnya ke lembah penuh kekotoran iaitu zina nyata..

Kalau diikutkan aku tak terlepas dari melakukan kesilapan, terlalu banyak kesilapan yang aku
lakukan..tapi Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..aku bukanlah seorang gadis  yang sempurna.. Dan saat ni aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik kerana perasaan suka  yang wujud pada diri si dia membuatkan aku menjadikan dia sebagai pendorong untuk aku  menjadi insan yang lebih baik..Menjadikan diri aku berusaha mendapatkan kasih sayang dari Tuhan pemilik dunia ini.. InsyaAllah jika dizinkan oleh-Nya..

Aku pernah terbaca sebuah buku yang mana apabila Allah membenci seseorang umat itu, ia akan titipkan perasaan benci itu kepada para malaikat, dan seterusnya para malaikat akan titipkan pula perasaan itu pada manusia yang lain..semoga aku bukan salah seorang darinya..

Ada seorang hamba Allah telah menyatakan sesuatu pada aku :

Aku : Awak mesti suka orang yang baik,bertudung labuh, lemah lembut dan cantik. 
Dia : Setiap lelaki mesti nak yang terbaik untuk diri dia termasuklah saya.. Buah yang baikadalah dari benih yang baik.. saya nak zuriat-zuriat saya dilahirkan dari benih yang baik..Tapisaya tak sempurna cuma kita kena berusaha dan berdoa.
Aku : kalau perempuan tu tak baik?? 
Dia : Setiap orang boleh berubah..berubah selagi ada masa..dan ingatlah kalau kita nakbuat sesuatu jagalah apa-apa yang perlu dijaga.

Saya gembira mendapat seorang kawan seperti dia..yang banyak memberi saya nasihat dan dorongan.. Thanks to you.. :) Semoga persahabatan kita kekal  sampai bila-bila..

Bila aku tulis sesuatu dan diselitkan pula berkaitan agama janganlah anggap diri ni baik dan tak pernah buat kesilapan.. semua orang pernah buat kesilapan dalam hidup kerana dari  kesilapan itu lah kita bangkit untuk mencapai sebuah kejayaan..Betul kan??  Jadi marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri untuk menjadi insan cemerlang.. :)


berehat sebentar bersama kity katy

13.2.11

[ Blog Anis Hamzah ]

Salam..tweet-tweet.. Baru lepas baca blog anis..hehe..rindu ko weh.. Private blog eh... :) Aku nak buat jugak boleh tak?? Kalau nak tahu Anis ni la yang membuatkan aku tergoda nak buat blog.. Dia jugak seorang kawan yang baik dan c0mel.. Comel sangat tau..kalau nak ngorat sila tunjukkan muka untuk kena sepak dengan BF iye.. :)

Hish dari pagi tadi aku ngadap blog nih.. edit blog, blog walking, baca blogger chat.. Aku rasa aku banyak menghabiskan masa dengan semacam benda yang membuat kan aku MALAS...!!
Bukan tu aja buka fb, buka ym semua segala macam jenis website..

Satu keje pun tak jalan.. Kenapa ni?..?Astaghfirullah.. Baiklah buat masa ni tak nak berblogging lagi.. dah nak dekat mid sem dah pun ..kene study smart.. If aku ada hati dan perasaan lagi nak tulis blog InsyaAllah akan ada entry baru menyusul..

P/S : Bosan dengan sikap sendiri yang banyak menghabiskan masa dengan keseronokan dunia sampai lupa dengan amalan akhirat..

Bila si programmer tak reti buat programming

10.2.11

Salam kawan-kawan semua..
Baru je habis kelas dan terus buat blog.. :) Bukan obses dengan blog ini sekadar nak meluahkan sesuatu yang ada dalam fikiran..Pernah terjadi tak bila korang rasa tersalah pilih course yang korang mintak dekat universiti atau politeknik dan sebagainya..

Ye itu pernah terjadi pada siti sendiri..
Actually masa ct lepas habis SPM,
abang ct suruh ct apply masuk u tapi tak dapat mungkin sebab
course yang ct ambil tu tak memenuhi kriteria dengan keputusan SPM ct..
Kecewa jugak tapi mesti ada hikmah di sebalik sesuatu kan..
Dan lepas keputusan kemasukan universiti ditolak, ct diterima masuk ke Tingkatan 6...Sebelum tu ct ada apply politeknik..



ct mana lah reti nak pilih course apa kan..main taram je..hehehe...mula2 tu ct pilih bidang pelancongan dan perhotelan..Fuyoo memang gempak itu course..ct suka melancong tau..bila ct usulkan keputusan course yang ct ambil pada abang ct, dia cakap tukar course..!!

Mak aih nak mintak course apa pulak ni..ct pening nak fikir course apa yang nak diambil.. Finally...... Diploma in Information Technology (Programming)..klik "done"..Fuhh selamat..

bila ct bagitau abang untuk kali kedua dia cakap : "Habislah kau belajar Programming... Ingat senang ke?" Pulak dah..!! Mana aku tau la cho...Ahh lantak la...malas nak fikir lagi.. :)
Wait and see yah......

Bila pompuan bawak kereta....

9.2.11

Salam..
Yuhuu kembali berblogging saya hari ini walaupun perut terasa nak tercabut dek kerana senggugut..entry kali ni bukan sebab nak memperlekehkan wanita yang tau bawa kereta tapi tak expert di jalan raya..tak kisah la bawak kereta apa-apa pun mesti kalau jantina yang dah namanya perempuan yang bawak kereta sure ada masalah..!!



Adoi..berani pulak aku mencabar kredibiliti se0rang perempuan kang ada pulak yang makan kasut 14 inci sebab terkutuk kaum sendiri...tak sedar diri tu dia pun perempuan gak..ekeke~ Ala kalau ct tanya korang pun terutama yang lelaki mesti cakap benda yang sama..sebab itulah ironinya.. Kenyataan.. :) 

Semalam ct pergi makan dengan ros dekat restoran kat bangi entah nama tempat tu pun dah lupa..sangat-sangat sedap sampai menjilat kaki sampai lupa nama tempat yang kitorang makan..tapi takpa bukan itu motif sebenar ct nak cerita..

Lepas kitorang makan, masa untuk kembali pulang ke kolej masing-masing..tak sempat nak merayau-rayau sebab dah lewat sangat dekat pukul 10..Lagi satu tak tahu jalan pun iye jugak..Masa nak balik jam yang tak berapa jam melanda dekat jalan bedekatan restoran....nak kata banyak kereta tak jugak tapi sebab owner kereta masing-masing semua pakat nak lalu depan belakang dah lah jalan sempit nak menyempit jugak tu...ish....

Alkisahnya begini..bila dah jam kitorang pun stuck kt tengah-tengah sebab ada satu kereta depan kami ni dia pun stuck jugak sebab kat kereta arah bertentangan berderet-deret nak lalu cari parking sebab dah lapar sangat la kot sampai tak boleh nak menyabarkan diri..yang bawa kereta depan kami tu nak kata tak pandai bawa kereta dah ada lesen dah pun..macam nak mintak sekeh laju2..ada ke patut dia undo kan kereta dia tak perasan ke ada motor dekat belakang..dengan ros sekali kena mengundurkan diri dengan motor cantiknya...dah bagi peha nak siku pulak..dia undo lagi dan lagi..

Resepi Perkahwinan Bahagia

7.2.11

Salam..
Ini merupakan resepi kebahagiaan bagi pasangan yang sudah berkahwin terutamanya. Bagi yang belum berkahwin buatlah persediaan supaya anda dan pasangan dapat mengekalkan keharmonian hubungan anda berdua apabila anda bakal mendirikan rumah tangga nanti.

2kg  penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama.
1kg  rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara.
1kg  rasa kesyukuran dan ketakwaan.
4 cawan  rasa tanggungjawab.
3 cawan  daya penambat hati ( daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati ).
2 cawan  penuh puji-pujian, kemesraan, dan gurau senda.
2 cawan  pati kemanusiaan.
2 cawan  keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1 cawan  rasa kepuasaan
1 cawan  budi bahasa
1 cawan  tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan pasangan.
2 gelas  ucapan terima kasih untuk disiram selalu.
1 sukatan  peruntukan kewangan yang mencukupi.
2 orang  anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan  penuh pengucapan maafkan daku ( ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita )
secubit  campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan perkongsian.

Cara membuat dan mengamalkannya :

1. Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik sikap marah dan sakit hati.

2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.

3. Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan boleh ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.


PERINGATAN 

Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah berbisa.  Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.

CADANGAN

Sesekali bawalah hidangan ini untuk dinikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita untuk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yang melanda. 

TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA
  • Berkasih sayang.
  • Saling mengambil berat.
  • Menghargai perkahwinan.
  • Ada senda gurau.
  • Selalu berdoa agar rumah tangga sejahtera.
  • Saling melengkapi antara satu sama lain.
  • Saling percaya.
  • Saling menghormati.

~ HADIAH BUAT MUSLIMAH ~
 
S Pink Premium Pointer