Assalamualaikum ♥♥♥
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Hai. Rindu pulak nak menaip. Perempuan sinonim dengan kecantikan. Betul tak? Begitu jugak dengan aku. Aku bukanlah seorang wanita yang suka calit sana sini dengan blusher merah jambu menyala, eyeliner dua tiga lapis, bulu mata palsu empat lima tingkat, bibir mungil dengan lipstik shining blink-blink. Oh no no no... Memang aku cukup suka tengok orang makeup tapi nak buat eksperimen dekat muka sendiri memang tak la. Kalau aku diberi pilihan orang yang cantik dengan makeup dengan orang yang kurang cantik tapi muka flawless tanpa makeup, tentu sajalah aku pilih yang tidak ber'makeup'. Sebab nampak semulajadi cantik.
Dulu aku suka jugak produk kosmetik, jangan propa la siti oii... Ayat nak suci je. Hee~ Tapi tu dulu la. Dari muda sampai la ke tua ni, dah macam-macam keadaan dah jadi kat muka aku, dari yang kering mengelupas, berparut hitam, jerawat penuh kat pipi, tempek la foundation banyak mana pun tak boleh nak tutup segala jerawat dan parut. Dari produk yang murah sampai yang mahal dan berjenama, semua aku dah pernah pakai. Mak aku kalau bab muka anak-anak memang dia tegur.
"Kenapo muko kau tu. Tu la pakai macam-macam. Tengok jerawat dah banyak." - Mak
"Jangan la picit jerawat tu berparut nanti lepas tu berlubang dah tak cantik." - Mak
"Pakai la produk bla bla bla cantik nanti muka tu." - Mak
"Jaga muka jangan jadi macam ada budak pompuan ni muka dah bersopak." - Mak
Sejak dari tu, aku malas nak pakai produk yang banyak bahan kimia. Kalau ada produk pemutihan berkesan selepas 7 hari memang aku tak beli. Kau offer la harga murah macam mana pun aku tak akan beli. Fobia aku dengan keadaan muka aku yang penuh jerawat dan parut sejak pakai produk xxx. Nama produk haruslah dirahsiakan.
Aku mula cari produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, yang organik dan tak terlalu banyak bahan kimia. Tak berkesan selama 7 hari pun tak apa asalkan muka sihat tanpa jerawat yang mencanak-canak. First produk yang aku jumpa bila aku tengok produk yang kawan aku pakai. Green Tea Waterfull Serum. Aku beli produk ni dekat thefaceshop, The Mines. Harga serum ni dah tak ingat mungkin dalam RM45++ something.
Green Tea Waterfull Serum |
Aku beli serum ni sekali dengan bedak Angel Skin Loose Powder, Lovely ME:EX. Tapi bedak ni tak habis guna pun, Anak buah jatuhkan sampai hancur bedak tu. Harga bedak ni pun aku tak ingat jugak mungkin dalam RM30++. Sekarang ni aku hanya guna bedak pixy. Bedak pixy pun ok jugak cuma bila guna rasa macam putih melepak pulak. So aku apply nipis-nipis je.
Dulu aku tak suka guna foundation. Sejak zaman study dekat politeknik, aku suka guna krim kecantikan safi tutup warna hijau. Ok la jugak, cuma krim safi tu membuatkan muka aku berminyak sikit dan tumbuh bintik-bintik kecik dan akhirnya membuatkan muka aku berjerawat. Jadi aku stop guna dan aku try guna krim pelembap garnier. Sepanjang guna pelembap garnier muka memang jarang sangat naik jerawat tapi sekitar bibir aku mengelupas teruk sampaikan kalau aku bercakap pun rasa pelik je rasanya kat sekitar bibir aku. Aku berhenti apply krim pelembap garnier. Dari situ bermula lah aku belajar-belajar guna foundation.
Foundation pertama yang aku guna adalah molly's beauty bbdoll cream. Perghh!! dia punya penutupan jerawat dan parut memang terbaik gila. Rasanya kalau ambik gambar tanpa menggunakan kamera 360 pun muka nampak flawless je. Bila berpeluh pun tak cair dan muka rasa lembap. Tapi kekurangan foundation ni dia tak ada agen pencerahan. Kalau lama-lama guna muka nampak macam sunburn. Adik, mak dan kakak pernah jugak tegur bila balik kampung.
Badan aku agak cerah sikit berbanding muka aku. Muka aku nampak sunburn. Gelap sangat. Jadi bila habis je aku dah tak continue beli. Aku bukanlah nak muka aku nampak putih cuma kalau boleh tak mau nampak kusam. Packaging baru untuk foundation ni dah upgrade rasanya.
Aku survey foundation lain. Aku pernah bermalam beberapa hari dekat rumah kawan aku. Aku saja mengintai apa benda yang dia pakai muka dia cantik sangat. Mungkin dia memang semulajadi putih. Aku tanya dia pakai produk apa. Dia tunjuk produk Mary Kay. Haruslah cantik produk mahal ghupenyer. Dia tunjukkan foundation Mary Kay yang dia guna. Aku pun dah terpedaya beli foundation Mary Kay Timewise kod ivory 5. Harga memang nak terbatuk sikit mahal oii. Aku beli RM70. Tapi boleh tahan lama dalam beberapa bulan. Nak masuk bulan ketiga pun tak habis-habis lagi.
Foundation ni agak pekat sebab jenis cecair kan. Bila apply tak rasa berminyak, makin lama guna makin lembut bila sentuh kulit muka. Cuma, aku tak tau la aku pakai foundation ni ke yang membuatkan bahagian dahi aku tumbuh bintik-bintik kecik. Redha je la. Dah beli tak kan nak berhenti, mahal tau. Sampai sekarang aku guna foundation ni.
Kalau cantik luar mestilah nak cantik dalam kan?? Aku pernah minum ESP produk keluaran Shaklee. Not bad. Kulit muka makin lama makin ok. Jerawat makin kecut dan parut makin hilang. Aku tak minum habis sebab rasa ESP membuatkan aku rasa nak muntah. Mungkin orang lain rasa sedap tapi tekak aku tak boleh nak terima. Tapi jujur la ESP ni bagus sangat. Dari pembacaan aku ESP ni untuk menguruskan badan. Disebabkan badan aku memang dah kurus aku berhenti minum ESP. Aku rasa badan aku makin lama makin kurus pulak. Mungkin cara aku minum tak betul.
Then aku berjinak-jinak dengan K Colly sweet 17. K Colly ni bukan macam ESP, kita kena bancuh dulu baru minum. Produk ni boleh terus masuk dalam mulut kemam dan telan. Aku beli produk ni pun hasil daripada pujuk rayu kawan aku yang comel lagi cantik. Botol pertama aku tak makan habis pun sebab tak nampak kesan langsung. Macam mana nak nampak kesan kalau aku asyik skip je. Aku stop beberapa bulan jugak. Akhirnya aku buang dalam tong sampah sebab warna dia pun dah bertukar gelap dari warna asal.
Kulit aku jenis kering. Aku jenis suka belek-belek kulit aku. Kaki, tangan. muka, badan. Bahagian jari kaki cepat mengelupas memang buruk gila nampak kaki ni. Tangan pun dah makin kasar. Muka jangan cakap la kusam sangat. Proses penuaan dah bermula. Aku pun beli K Colly balik. Aku tak expect pun nak jadi putih cuma nak jaga kulit dari proses penuaan. Aku makan setiap hari tanpa skip. Perubahan besar yang aku boleh nampak dekat seluruh badan aku. Tangan aku lebih lembut, jari kaki dah cerah dan tak mengelupas lagi. Bahagian tapak kaki dah tak kasar macam dulu. Muka dan badan makin cerah. Bahagian siku yang gelap dah makin cerah.
Terkejut jugak aku dia tanya macam tu. Aku tengok muka aku biasa je. Nak kata flawless tak jugak sebab ada je lagi bintik-bintik kecik kat dahi aku ni. Tapi aku boleh nampak perbezaan kat seluruh badan aku. Lebih lembut dan cerah. Maaf la tak boleh nak tempek gambar testimoni sendiri sebab aku malu. Hehee~ tak suka letak gambar sendiri.
Jadi kesimpulannya, aku ni tak berapa gemar makeup tebal ya amat. Tak reti dan tak suka. Contohnya la dah makeup kalau pergi shopping mall lepas solat terpaksa apply makeup balik. Renyah sangat. Aku ni kalau lepas solat memang tak reti nak pakai apa-apa dah kat muka. Itu sebab aku prefer jaga kulit secara dalaman terserlah lah sikit kecantikan semulajadi. Dan aku pun tak sure nak stick dengan K Colly ni sampai bila sebab aku takut jugak ada effect untuk jangka masa panjang ke kan. Jadi siapa-siapa yang rasa nak try tu boleh la beli.
Ok la sampai disini saja. As salam.
Foundation pertama yang aku guna adalah molly's beauty bbdoll cream. Perghh!! dia punya penutupan jerawat dan parut memang terbaik gila. Rasanya kalau ambik gambar tanpa menggunakan kamera 360 pun muka nampak flawless je. Bila berpeluh pun tak cair dan muka rasa lembap. Tapi kekurangan foundation ni dia tak ada agen pencerahan. Kalau lama-lama guna muka nampak macam sunburn. Adik, mak dan kakak pernah jugak tegur bila balik kampung.
"Muka siti kenapa nampak gelap dari dulu? lain la. Dulu cerah je. Warna kulit muka dengan badan memang nampak beza la" - Kakak
"Kenapa muka ko nampak kusam je?" - Adik
"Siti guna la produk yyy. Nanti cerahlah sikit muka tu." - Mak
Badan aku agak cerah sikit berbanding muka aku. Muka aku nampak sunburn. Gelap sangat. Jadi bila habis je aku dah tak continue beli. Aku bukanlah nak muka aku nampak putih cuma kalau boleh tak mau nampak kusam. Packaging baru untuk foundation ni dah upgrade rasanya.
"MOLLY BB DOLL Kini formulasi diperbaharui dengan pertambahan kolagen dan minyak badam, ia bukan sahaja menutup cela dan parut, tapi membantu menghalus, menyemaratakan tona malah mampu meremajakan semula kulit si pemakai!"
Image : www.cantikbelaka.com |
Image : http://www.anzbeautyshoppe.com |
Foundation ni agak pekat sebab jenis cecair kan. Bila apply tak rasa berminyak, makin lama guna makin lembut bila sentuh kulit muka. Cuma, aku tak tau la aku pakai foundation ni ke yang membuatkan bahagian dahi aku tumbuh bintik-bintik kecik. Redha je la. Dah beli tak kan nak berhenti, mahal tau. Sampai sekarang aku guna foundation ni.
Kalau cantik luar mestilah nak cantik dalam kan?? Aku pernah minum ESP produk keluaran Shaklee. Not bad. Kulit muka makin lama makin ok. Jerawat makin kecut dan parut makin hilang. Aku tak minum habis sebab rasa ESP membuatkan aku rasa nak muntah. Mungkin orang lain rasa sedap tapi tekak aku tak boleh nak terima. Tapi jujur la ESP ni bagus sangat. Dari pembacaan aku ESP ni untuk menguruskan badan. Disebabkan badan aku memang dah kurus aku berhenti minum ESP. Aku rasa badan aku makin lama makin kurus pulak. Mungkin cara aku minum tak betul.
Then aku berjinak-jinak dengan K Colly sweet 17. K Colly ni bukan macam ESP, kita kena bancuh dulu baru minum. Produk ni boleh terus masuk dalam mulut kemam dan telan. Aku beli produk ni pun hasil daripada pujuk rayu kawan aku yang comel lagi cantik. Botol pertama aku tak makan habis pun sebab tak nampak kesan langsung. Macam mana nak nampak kesan kalau aku asyik skip je. Aku stop beberapa bulan jugak. Akhirnya aku buang dalam tong sampah sebab warna dia pun dah bertukar gelap dari warna asal.
Kulit aku jenis kering. Aku jenis suka belek-belek kulit aku. Kaki, tangan. muka, badan. Bahagian jari kaki cepat mengelupas memang buruk gila nampak kaki ni. Tangan pun dah makin kasar. Muka jangan cakap la kusam sangat. Proses penuaan dah bermula. Aku pun beli K Colly balik. Aku tak expect pun nak jadi putih cuma nak jaga kulit dari proses penuaan. Aku makan setiap hari tanpa skip. Perubahan besar yang aku boleh nampak dekat seluruh badan aku. Tangan aku lebih lembut, jari kaki dah cerah dan tak mengelupas lagi. Bahagian tapak kaki dah tak kasar macam dulu. Muka dan badan makin cerah. Bahagian siku yang gelap dah makin cerah.
Sampaikan beberapa hari yang lepas office mate aku tegur secara tiba-tiba.
"Siti, muka siti makin putih la. Cantik je. Dah tak macam dulu. Dulu akak tengok kusam je."
"Yeke?? Siti makan K Colly.."
"Apa tu? Akak saja je nak tau. Ada jugak survey produk xxx tapi mahal sangat."
"Produk untuk kulit. Dah sebulan saya guna."
Terkejut jugak aku dia tanya macam tu. Aku tengok muka aku biasa je. Nak kata flawless tak jugak sebab ada je lagi bintik-bintik kecik kat dahi aku ni. Tapi aku boleh nampak perbezaan kat seluruh badan aku. Lebih lembut dan cerah. Maaf la tak boleh nak tempek gambar testimoni sendiri sebab aku malu. Hehee~ tak suka letak gambar sendiri.
Image : http://www.aurawhite2u.com.my/ |
Ok la sampai disini saja. As salam.