Rahsia Bulan Kelahiran - Oktober

11.5.15


Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Sebenarnya nak kata aku percaya dengan kajian ni tak jugak. Hanya sebagai perkongsian yang mana secara kebetulan ada ciri-ciri tersebut pada diri aku. Aku nak kongsikan beberapa personaliti aku yang kebetulan sama dengan kajian Dato Fadhilah Kamsah.

 Suka sembang
Aku suka sembang dengan orang yang suka bertanya dan berkongsi cerita, sambil bercerita sambil ketawa, aku suka buat lawak bodoh juga dengan sesetengah orang yang mudah ketawa. Ada beberapa sahabat yang sentiasa membuatkan aku sering ketawa dan tersenyum gembira.

 Suka orang yang sayang padanya
Siapa sayang aku, tentulah aku sangat sayang padanya.

 Suka ambil jalan tengah
Ini aku tak berapa faham jalan tengah macam mana tu??

 Sangat menawan dan sopan santun
Menawan celah manakah?? Lawak disitu. Mungkin itu boleh dinilai oleh orang lain yang mengenali aku dan hanya mereka yang dapat menentukan samada aku seorang yang menawan ataupun tidak. Sopan santun?? Ehemmm... mungkin. Hee~

♥ Kecantikan luar dan dalam
Harus bertanya kepada orang yang sangat rapat denganku kerana hanya mereka yang mengetahui adakah aku cantik luar dan dalam??

 Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
Ya aku memang tidak pandai menipu dan berbohong. Aku sanggup dimarahi daripada menipu. Jika orang lain sanggup menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan diri, aku memilih untuk mengaku kesalahan aku biarpun akan dimarahi teruk kerana hanya itu yang dapat menenangkan hati aku dari rasa bersalah kerana menipu.

 Mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
Mudah rasa simpati. Mungkin ianya adalah satu kelemahan atau kelebihan. Jika mudah rasa simpati sehingga orang lain mudah mengambil kesempatan itulah kelemahan. Jika mudah rasa simpati dan sanggup membantu ketika sahabat memerlukan bantuan itulah kelebihan. Ikut keadaan dan situasi. Tetapi aku boleh mengenali samada seseorang itu sahabat yang baik ataupun tidak.

 Sentiasa berkawan
Hidup ini sentiasa memerlukan kawan. Jika tiada kawan, akan menyusahkan diri sendiri sekiranya memerlukan bantuan orang lain. Aku suka berkawan tetapi aku tidak mempunyai kawan yang sangat-sangat rapat yang mampu susah senang menangis ketawa bersama.

 Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Disebabkan aku tidak suka pada masalah yang berlarutan, aku lebih suka memilih untuk melupakan dan buat tidak tahu saja. Sekiranya seseorang itu telah melukakan hati dan membuatkan aku terasa hati aku lebih suka memilih untuk melupakan perkara tersebut atau cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang telah berlaku walaupun sebelumnya berlaku sedikit salah faham dan pertengkaran kecil.

 Cepat marah
Inilah salah satu kelemahan aku. Kadang-kadang cepat marah dengan seseorang yang perlakuannya agak menjengkelkan, orang yang terlalu biadap dan mengeluarkan kata-kata dengan nada yang keras atau kasar sehinggakan aku mampu untuk mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan menyakitkan hati seseorang.

 Tidak terima pandangan orang lain

Ini juga salah satu kelemahan aku. Sukar menerima pandangan orang lain walaupun pada hakikatnya pandangan orang itu lebih baik dari pandangan aku sendiri. Mungkin ego aku terlalu tinggi untuk menerima kelemahan diri.

 Macam pentingkan diri sendiri dan tidak menolong orang lain kecuali diminta

Macam?Aku tidaklah mementingkan diri sendiri. mungkin orang yang tidak mengenali aku akan melihat aku seperti mementingkan diri sendiri mungkin kerana aku bukanlah seseorang yang akan bertanya :"Kau ada masalah?? Kalau ada aku boleh tolong apa yang termampu.." Tetapi sekiranya orang itu bertanya kepada aku : "Aku ada masalah, aku tak cukup duit. Boleh aku pinjam duit kau??" InshaAllah aku akan tolong orang yang memerlukan pertolongan aku.

 Suka berangan dan pandai bercakap

Kadang-kadang kalau berseorangan aku suka membayangkan apa yang akan berlaku pada diri aku pada masa hadapan, aku tidak pandai bercakap sebenarnya. Kalau bercakap pun agak kelam kabut. 

 Suka melihat dari perspektifnya sendiri

Lebih mudah, kalau wanita melihat seorang lelaki akan nampak macho dengan gaya maskulin, nampak romantik dengan kata-kata manis bak gula-gula, nampak sangat bijak dengan pendidikan yang tinggi tetapi bagi aku, lelaki akan nampak macho sekiranya dia pandai menguruskan diri sendiri, nampak romantik dengan kesungguhan dan usaha untuk menjaga hati pasangan, nampak bijak apabila dia mampu berfikiran matang dan berani memberi pendapat yang bernas.

 Emosi yang kelam kabut

Aku cepat terasa walaupun niat seseorang itu hanya untuk bergurau. Ya emosi aku kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Susah orang nak faham sikap aku kalau dia bukan orang yang betul-betul sabar dan memahami diri aku. Mungkin adakalanya sekiranya aku marah aku tidak mampu berfikir secara rasional sehingga tanpa sedar telah menyakiti hati orang lain dan adakalanya juga jika aku marah aku mampu bertenang dan sabar dengan apa yang berlaku. 

 Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

Dulu daya firasat aku sangat kuat. Ada beberapa situasi dan aku hanya ceritakan dua situasi yang pernah berlaku: 

Situasi pertama:
Aku dan kawan menaiki motor untuk balik kerumah dan melalui jalan kampung yang tepinya penuh dengan pokok-pokok, hutan di tepi kiri dan kanan dan secara automatik aku berfikir " Kalaulah motor ni habis minyak kat tengah-tengah hutan ni macam mana la ye." Lebih kurang 15 minit kemudian motor berhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan minyak. Nasib baik kakak dan abang lalu jalan tersebut dan membeli minyak di kedai berhampiran.

Situasi kedua:
Masa zaman belajar di politeknik, aku dan kawan-kawan risau kerana kelas seterusnya kami perlu menjalani ujian bertulis sedangkan ketika itu kami tidak bersedia kerana hanya diberitahu oleh pensayarah sehari sebelum ujian tersebut. Aku katakan kepada sahabat baikku.

"Aku rasa hari ni kelas batal." - aku
"Mana ko tau??"- Aini
"Yeke?? pandai-pandai je kamu" -  kak ina
"Entah aku rasa macam kelas batal..Heee" - aku

Dalam beberapa minit kemudian pensayarah call salah seorang dari kami mengatakan kelas batal kerana dia ada hal yang perlu diuruskan. Aku hanya tersenyum melihat sahabat-sahabat aku. Mereka seperti terkejut.

 Suka melancong, bidang sastera dan seni

Aku suka melancong di tempat yang unik. Kalau boleh nak melancong di luar negara melihat budaya orang lain tetapi masih tiada kesempatan dan rezeki. Masa zaman sekolah aku suka menulis cerpen. Aku pernah meminta rakan sekelas membaca cerpen yang ditulis olehku untuk melihat komen mereka terhadap penulisan aku. Mereka memberi komen positif. Tetapi minat aku hanya terkubur disitu saja kerana kekangan masa.

 Romantik dalam percintaan

Akan bersikap romantik bersama suami yang sah.

 Pengasih, penyayang dan lemah lembut

 Mudah terusik hati dan cemburu

 Suka kegiatan luar

Aku bukanlah perempuan yang suka shopping ataupun window shopping. Aku suka sesuatu yang mencabar. Kalau diberi kesempatan aku suka melibatkan diri dengan sukan-sukan yang lasak seperti jungle tracking, rock climbing, flyingfox, snorkling, berkayak, bungee jumping tetapi disebabkan kekangan masa aku tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

 Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

Betul sangat. Aku sangat boros. 

 Ambil berat terhadap orang lain

 Orang yang adil

 Mudah patah semangat

--------------------
Oklah itulah sedikit sebanyak personaliti yang aku dapat kongsikan. Kenapa ye hari ni ayat aku sangat skema lagi innocent??Adakah kerana aku sedih hari ni?? Ok lah nak paksa tidur sebab petang tadi tidur lama sangat. Selamat tengah pagi. As Salam~


 
S Pink Premium Pointer