Bismillah..
Salam..malam ni aku nak berjiwang sekejap.. :)
I wanna story about me and our feeling..
SUKA..Mesti pernah rasa suka pada seseorang kan..
Tapi ni bukan suka suki tau ni suka pada orang yang membuatkan kita terasa ingin menjadi yang terbaik.. perasaan suka pada seseorang yang kita rasa boleh membimbing diri kita seorang insan yang lemah ..untuk membentuk kita ke arah yang lebih positif..
Apa rasanya kalau kita dah jatuh suka pada orang yang berkenaan?? nak meluahkan atau mendiamkan diri??
Bagi aku, lebih baik kita mendiamkan diri sebab perasaan tu akan hadir dengan sendiri kalau dia betul-betul jodoh kita..
Tak semestinya kita tak meluahkan perasaan tu menunjukkan kita tak berusaha.. Berusaha melalui cara lain dengan mempamerkan diri yang terbaik di hadapan orang yang kita suka.. contohnya dari segi pakaian..menutup aurat yang betul..
Tapi kalau meluahkan perasaan tu biarlah kena pada tempat, cara dan waktu.. jangan lah sampai memalukan diri sendiri.. Malu itu perisai orang beriman kan.. :)
Cinta bagi aku satu perkataan yang cukup indah.. Memang indah jika dengan terlafaznya akad nikah..
Aku akui bercinta sebelum kahwin teramatlah bahaya.. Kalau anda rasa anda jarang berjumpa dan tak buat apa-apa pun.. syaitan tu boleh membisikkan ke dalam hati pasangan dengan cara yang sangat licik..
Sebagai contoh zina hati..kita tak rasa ke bila kita mesej dengan teman lelaki or teman wanita itu dikira zina hati jugak..Bila hati sudah rindu tangan pun dengan rajinnya menaip mesej dan menekan punat nombor membuat penggilan super saver 60 minit untuk melepaskan perasaan rindu..
" Sayang, b rindu la kat sayang.."" Sayang pun.. "
" Kiss sikit boleh?? "" Mmuahh..!! "
Seterusnya zina mata, bila berjumpa mula pandang-pandang, bila pandang-pandang terasa sayang..menatap lama-lama wajah kesayangan yang dah beberapa hari tak berjumpa.. senyum-senyum, malu-malu, tersipu-sipu kalau tersilap langkah terjatuhnya ke lembah penuh kekotoran iaitu zina nyata..
Kalau diikutkan aku tak terlepas dari melakukan kesilapan, terlalu banyak kesilapan yang aku
lakukan..tapi Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..aku bukanlah seorang gadis yang sempurna.. Dan saat ni aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik kerana perasaan suka yang wujud pada diri si dia membuatkan aku menjadikan dia sebagai pendorong untuk aku menjadi insan yang lebih baik..Menjadikan diri aku berusaha mendapatkan kasih sayang dari Tuhan pemilik dunia ini.. InsyaAllah jika dizinkan oleh-Nya..
Aku pernah terbaca sebuah buku yang mana apabila Allah membenci seseorang umat itu, ia akan titipkan perasaan benci itu kepada para malaikat, dan seterusnya para malaikat akan titipkan pula perasaan itu pada manusia yang lain..semoga aku bukan salah seorang darinya..
Ada seorang hamba Allah telah menyatakan sesuatu pada aku :
Aku : Awak mesti suka orang yang baik,bertudung labuh, lemah lembut dan cantik.
Dia : Setiap lelaki mesti nak yang terbaik untuk diri dia termasuklah saya.. Buah yang baikadalah dari benih yang baik.. saya nak zuriat-zuriat saya dilahirkan dari benih yang baik..Tapisaya tak sempurna cuma kita kena berusaha dan berdoa.
Aku : kalau perempuan tu tak baik??
Dia : Setiap orang boleh berubah..berubah selagi ada masa..dan ingatlah kalau kita nakbuat sesuatu jagalah apa-apa yang perlu dijaga.
Saya gembira mendapat seorang kawan seperti dia..yang banyak memberi saya nasihat dan dorongan.. Thanks to you.. :) Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila..
Bila aku tulis sesuatu dan diselitkan pula berkaitan agama janganlah anggap diri ni baik dan tak pernah buat kesilapan.. semua orang pernah buat kesilapan dalam hidup kerana dari kesilapan itu lah kita bangkit untuk mencapai sebuah kejayaan..Betul kan?? Jadi marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri untuk menjadi insan cemerlang.. :)