Bila pompuan bawak kereta....

9.2.11

Salam..
Yuhuu kembali berblogging saya hari ini walaupun perut terasa nak tercabut dek kerana senggugut..entry kali ni bukan sebab nak memperlekehkan wanita yang tau bawa kereta tapi tak expert di jalan raya..tak kisah la bawak kereta apa-apa pun mesti kalau jantina yang dah namanya perempuan yang bawak kereta sure ada masalah..!!



Adoi..berani pulak aku mencabar kredibiliti se0rang perempuan kang ada pulak yang makan kasut 14 inci sebab terkutuk kaum sendiri...tak sedar diri tu dia pun perempuan gak..ekeke~ Ala kalau ct tanya korang pun terutama yang lelaki mesti cakap benda yang sama..sebab itulah ironinya.. Kenyataan.. :) 

Semalam ct pergi makan dengan ros dekat restoran kat bangi entah nama tempat tu pun dah lupa..sangat-sangat sedap sampai menjilat kaki sampai lupa nama tempat yang kitorang makan..tapi takpa bukan itu motif sebenar ct nak cerita..

Lepas kitorang makan, masa untuk kembali pulang ke kolej masing-masing..tak sempat nak merayau-rayau sebab dah lewat sangat dekat pukul 10..Lagi satu tak tahu jalan pun iye jugak..Masa nak balik jam yang tak berapa jam melanda dekat jalan bedekatan restoran....nak kata banyak kereta tak jugak tapi sebab owner kereta masing-masing semua pakat nak lalu depan belakang dah lah jalan sempit nak menyempit jugak tu...ish....

Alkisahnya begini..bila dah jam kitorang pun stuck kt tengah-tengah sebab ada satu kereta depan kami ni dia pun stuck jugak sebab kat kereta arah bertentangan berderet-deret nak lalu cari parking sebab dah lapar sangat la kot sampai tak boleh nak menyabarkan diri..yang bawa kereta depan kami tu nak kata tak pandai bawa kereta dah ada lesen dah pun..macam nak mintak sekeh laju2..ada ke patut dia undo kan kereta dia tak perasan ke ada motor dekat belakang..dengan ros sekali kena mengundurkan diri dengan motor cantiknya...dah bagi peha nak siku pulak..dia undo lagi dan lagi..


PINNN...!!!!

Ini bukan ayah pin tapi bunyi hon yang menjerit..nasib baik tak terlanggar ye..kalau tak mintak ganti rugi satu million..Bila kitorang lalu je sebelah kereta tu nak usyar siapa tuan punya kereta...Oww perempuan.....patutlah... Agak-agak lah cik kak mesti anda ni asyik tengok cerita jangan pandang belakang kan2 tu lah jadinya..Takpa dimaafkan.. :) Lain kali cuba lagi sampai reti bawa kereta..

Dan ct tak ada lah nak menyalahkan cara pemanduan wanita oke.. sebut pasal perempuan dan kereta ada mitos mengatakan perempuan bawa kereta lambat + lembap..!! Ye saya tak setuju...!! tak semua perempuan tak reti bawa kereta tapi pandangan masyarakat terutamanya para lelaki yang mind set kalau yang bawa kereta tu lambat sikit aje mesti si owner kereta itu perempuan.. Kalau tak caya cuba tanya boypren, abang angkat, pakcik, atok atau pun ayah korang mesti akan diberi jawapan yang terbaik..

"Kalau yang bawa kereta yang tak berapa nak laju sah perempuan la tu"
"Aduh.. lembapnya kereta depan nih mesti pompuan yang bawak"

Asyik nak menyalahkan perempuan aja...eh kalau orang kutuk girlfriend kau bawak kereta macam kura-kura kau marah tak?? so si lelaki fikir sebelum cakap..kerana mulut makan apa-apa pun tak kisah (ada kena mengena tak) Perempuan yang bawa kereta lambat ni ada sebab...sebabnya tak adalah polis penat bagi saman, accident pun dapat dikurangkan, dan semestinya demi keselamatan jiwa dan raga..Kalau tak nak mati katak sila bawa kereta secara berhemah..Sekian terima kasih..

P/S : Saya tak ada lesen jadi anda tak boleh nak kutuk cara pemanduan saya..dah sah-sah teruk dan akan masuk longkang.. 

 
S Pink Premium Pointer