Baru je habis kelas dan terus buat blog.. :) Bukan obses dengan blog ini sekadar nak meluahkan sesuatu yang ada dalam fikiran..Pernah terjadi tak bila korang rasa tersalah pilih course yang korang mintak dekat universiti atau politeknik dan sebagainya..
Ye itu pernah terjadi pada siti sendiri..
Actually masa ct lepas habis SPM,
abang ct suruh ct apply masuk u tapi tak dapat mungkin sebab
course yang ct ambil tu tak memenuhi kriteria dengan keputusan SPM ct..
Kecewa jugak tapi mesti ada hikmah di sebalik sesuatu kan..
Dan lepas keputusan kemasukan universiti ditolak, ct diterima masuk ke Tingkatan 6...Sebelum tu ct ada apply politeknik..
ct mana lah reti nak pilih course apa kan..main taram je..hehehe...mula2 tu ct pilih bidang pelancongan dan perhotelan..Fuyoo memang gempak itu course..ct suka melancong tau..bila ct usulkan keputusan course yang ct ambil pada abang ct, dia cakap tukar course..!!
Mak aih nak mintak course apa pulak ni..ct pening nak fikir course apa yang nak diambil.. Finally...... Diploma in Information Technology (Programming)..klik "done"..Fuhh selamat..
bila ct bagitau abang untuk kali kedua dia cakap : "Habislah kau belajar Programming... Ingat senang ke?" Pulak dah..!! Mana aku tau la cho...Ahh lantak la...malas nak fikir lagi.. :)
Wait and see yah......
Dalam ct menunggu result kemasukan politeknik perlu stay Form 6..bila tau subjek yang perlu diambil..
Oh No..!! ct memang sungguh tidak berminat subjek berkaitan sejarah..serius cakap tak kisah lah subjek perdagangan, akaun atau apa-apa yang berkaitan sejarah memang out of mind... Tapi ct nak continue jugak sebab ada cikgu inf0rm lebih baik ambil form 6 dari politeknik..bagi ct bila ambil Tingkatan 6 dapat mengurangkan masa tahun pembelajaran..just dua tahun tapi kalau ambil diploma memang kena ambil tiga tahun..
Memang ilmu tu penting dan kita kena lah hormati guru masa dia bagi ilmu dekat kita right..tapi nak buat macam mana ct tak minat dengan semua tu.. lepas 3 bulan belajar sepatah haram subjek pun ct tak faham..hahaha...Mana tak nya pergi sekolah asyik tidur aja..
Kemudian..masa yang ditunggu2...Yahuu..!! dapat masuk politeknik lah...wiwit...!
tak nak duduk sekolah ni dah bosan tahu...asyik-asyik muka yang sama aja..
Nak tukar enviroment dan culture yang baru pulak..dan semestinya kawan yang
baru..Mak ct pun sokong ct masuk politeknik sebab mak cakap duduk lah tempat lain pulak jauh
pemandangan luas pengalaman..
tak nak duduk sekolah ni dah bosan tahu...asyik-asyik muka yang sama aja..
Nak tukar enviroment dan culture yang baru pulak..dan semestinya kawan yang
baru..Mak ct pun sokong ct masuk politeknik sebab mak cakap duduk lah tempat lain pulak jauh
pemandangan luas pengalaman..
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tg Malim |
dan juga kawan-kawan yang tersayang... Misi belum selesai...banyak yang perlu dilakukan sebelum masuk politeknik.. Alhamdulillah selesai jugak..
Episod baru dunia baru....bermulanya seksa menjadi salah seorang pelajar yang mengambil subjek programming..penuh dengan aturcara dan pelbagai lagi masalah..Menyesal ouh..Masuk semester dua ct tersangat lah fedup rasa nak berhenti aja..terpaksa belajar termasuk networking, multimedia... Actually i've most abvious wif multimedia..like it s0 much..nak jadi computer designer.. Tapi semua tu memerlukan aturcara jugak kan..
Pelik tapi benar sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam course programming ni.. ct lebih reti subjek multimedia dari programming itu sendiri.. Not really go0d in programming.. Tapi nak kata tak faham langsung tu bohong la kan... Semester berganti semester, tahun berganti tahun..pejam celik pejam celik sudah di akhir semester...Gembira bukan kepalang...sebab kepala otak macam nak pecah dan berterabur belajar semua ni...Final projek kena buat website..Programming oh programming..sungguh menyesakkan minda...Dan hasilnya...
Hasil laman web di pameran projek akhir...saya tiada di dalam pict ini :) |
Bulan April 2010
Hari yang sungguh gembira..kerana sudah selesai menghabiskan diplomaku..
Hari konvokesyen Politeknik Ungku Omar..
Hari yang sungguh gembira..kerana sudah selesai menghabiskan diplomaku..
Hari konvokesyen Politeknik Ungku Omar..