Assalamualaikum.
Sebut sahaja tentang perkahwinan, terlalu banyak masalah rumahtangga yang berakhir dengan perceraian. Kenapa jadi begitu?? Kerana kita tak kenal dengan siapa kita bercinta. Yakinkah yang anda sangat mengenali pasangan anda semasa bercinta??
Merajuk
*Bercinta :
Katalah semasa bercinta lelaki sanggup memujuk kekasih yang merajuk. Bersungguh-sungguh memohon maaf apabila melakukan kesalahan. Ada juga lelaki yang sanggup memandu dari utara ke selatan semata-mata memujuk si kekasih hati. Kenapa? kerana apabila anda merajuk, hatinya rasa tidak tenang asyik terfikirkan anda. Anda juga akan mula diam seribu bahasa. Panggilan telefon tidak diangkat dan pasti juga mesej tidak akan dibalas. Dan mungkin juga anda langsung tidak mahu bertemu dengannya. Pasti mereka tertekan bukan??
*Berkahwin :
Tetapi jangan terkejut selepas sahaja anda berkahwin, sesi pujuk memujuk seperti zaman bercinta dahulu anda tidak akan merasainya lagi. Kenapa? Apabila anda merajuk suami akan memujuk anda hanya untuk beberapa kali sahaja. Sekiranya anda masih lagi merajuk, dia akan membiarkan anda melayan rajuk sendiri kerana pasangan anda tahu, anda tidak akan merajuk dalam jangka masa yang panjang. Anda sentiasa ada di depan matanya. Berapa lama anda mahu merajuk sekiranya anda sudah duduk sebumbung dengannya setiap hari?? Jadi jangan anggap suami anda telah berubah. Semasa bercinta dan berkahwin tidak akan sama.
Romantik
*Bercinta :
*Bercinta :
Sudah menjadi lumrah semasa bercinta, pasangan akan lebih memberi perhatian terhadap anda. Sentiasa romantik dan memahami. Si dia akan sedaya upaya menjadi lelaki yang terbaik dari semua segi. Mereka akan menunjukkan personaliti yang menarik semata-mata untuk memikat hati anda. Ini kerana akan wujud satu perasan "insecure' terhadap perhubungan anda berdua. Disebabkan itulah pasangan anda akan menunjukkan sikap yang mungkin bertentangan dengan sikapnya yang sebenar. Sekiranya dia tidak berusaha bagi menawan hati anda silap haribulan anda akan menjadi milik orang lain. Semasa bercinta, gembiranya hati apabila diberikan hadiah yang paling istimewa dari kekasih hati berserta sekeping kad dengan bait-bait kata yang menggetar jiwa wanita. Kad yang dinukilkan dengan wangian bedak semerbak harum, ditambah pula dengan sejambak bunga khas untuk anda dengan hati yang ikhlas, suci dan murni.
Sebelum mendirikan rumah tangga, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan pujuk rayu seorang lelaki. Tidak mustahil dia melakukan perkara yang sama kepada wanita lain. Cinta itu bukan dengan meluahkan kata pujangga cinta dengan ayat-ayat manis. Bukan dengan membawa anda kesana kemari tanpa keizinan wali dan bersama mahram anda. Bukan juga dengan menyentuh anda tanpa segan silu kononnya untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang. Tetapi cinta yang benar adalah apabila si dia sedia melindungi dan menghormati maruah anda, sentiasa memberi dan menerima nasihat serta teguran yang baik untuk sama-sama memperbaiki diri, si dia juga akan berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu rumah tangga, demi menggalas tugas sebagai pemimpin dan imam yang baik apabila berkahwin kelak.
*Berkahwin :
Tetapi setelah sahaja anda mendirikan rumah tangga jangan terasa hati apabila suami anda tidak lagi menunjukkan sikap romantik sepertimana ketika bercinta. Setelah melalui fasa perkahwinan, mereka sudah berada di zon selesa kerana anda kini sudah dimiliki. Tiada lagi kad cinta dengan kata-kata yang bisa menggetarkan jiwa anda, tiada lagi sejambak bunga mawar yang indah lagi mekar, tiada lagi hadiah istimewa sekiranya bukan bersempena ulangtahun kelahiran mahupun ulangtahun perkahwinan. Mungkin juga ada antara mereka sudah melupakan tarikh-tarikh penting.
Walaubagaimanapun lelaki yang sangat menghargai isteri tidak akan pernah lupa melakukan sesuatu yang romantik untuk si isteri, walaupun bukan dengan sejambak bunga, kad ataupun hadiah istimewa, tetapi mereka sedia menjadi pendengar setia ketika isteri mengadu masalah, sabar mendengar bebelan isteri ketika mereka marah, sentiasa menenangkan jiwa ketika isteri bersedih hati, murah dengan ucapan terima kasih atas bantuan dan pengorbanan isteri menjaga keperluan diri dan keluarga, hartanya serta mendidik anak-anak, tidak lokek dengan pujian khas untuk isteri tersayang, tidak ego mengucapkan kata maaf sekiranya melakukan kesalahan dan tidak lupa untuk meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang walaupun hanya dengan menyebut 8 perkataan iaitu "I Love You".
Penampilan diri
*Bercinta :
Normal bagi wanita menjaga kecantikan diri dan berpenampilan menarik. Setiap kali keluar bertemu kekasih hati, wanita akan berdandan dengan cantik dan memakai pakaian yang paling anggun untuk tatapan si kekasih hati. Cara berjalan, cara bercakap, cara duduk dan cara makan juga dititikberatkan apabila berada di sisi kekasih. Selalunya wanita akan makan dengan gaya adab sopan, duduk dengan posisi yang paling menarik, bercakap dengan nada yang sangat manja serta berjalan dengan lenggok yang begitu menawan. Adakah lelaki akan tertarik dengan wanita yang selekeh?? yang kasar bahasanya?? yang berjalan ala tomboi?? yang duduk dengan posisi 'terbuka'?? yang makan dengan banyaknya?? Sedangkan lelaki itu sendiri tertarik dengan kecantikan. Sekiranya wanita tidak menjaga adab sopan dan penampilan, mereka takut kekasih hati akan beralih arah kepada wanita yang lebih cantik dan menarik. Maka terpaksalah mereka menjadi hipokrit.
*Berkahwin :
Lelaki fahamilah isterimu. Apabila berkahwin, akan pudarnya kecantikan dengan pertambahan usia. Apabila sudah mempunyai anak kebiasaannya wanita tiada masa untuk menguruskan diri sendiri kerana kesibukan mereka menjaga anak kecil yang lasak, ditambah pula dengan tugasnya sebagai ibu dan isteri dan juga sebagai seorang pekerja bagi wanita yang berkerjaya. Wanita yang mengandungkan zuriat akan mengalami pertambahan berat badan. Setelah melahirkan anak bukan mudah untuk mendapat bentuk badan yang ideal seperti zaman anak dara. Kesibukan merupakan punca utama wanita tidak mampu untuk menurunkan berat badan. Jika anda mahu melihat isteri sentiasa langsing dan cantik menawan anda perlu berkorban wang ringgit untuk menghantar isteri ke pusat kecantikan atau untuk cara yang paling mudah anda perlu menjadi pemangkin semangat untuk mereka menguruskan badan dengan melakukan senaman dan bersukan bersama-sama.
Wanita juga bukanlah akan sentiasa manja seperti waktu bercinta dahulu. Dahulu ketika bercinta hanya mampu membuat panggilan dan berjumpa hanya untuk beberapa jam bagi melepaskan rindu. Waktu itu, begitu bahagianya wanita apabila dapat meluahkan segala rindu dendam dengan suara yang manja lagi mengasyikkan. Tetapi apabila berkahwin dan mempunyai anak, kadang kala mereka tertekan dengan tugas dan beban yang berat yang terpaksa mereka pikul. Bebelan merupakan ubat yang paling mujarab untuk melepaskan tekanan yang terbeban di dalam hati mereka.
Ketika berkahwin akan terserlah semua baik buruk setiap pasangan. Ketika bercinta masih boleh menyembunyikan segala keburukan yang ada. Sekiranya seseorang itu mempunyai tabiat buruk yang mungkin tidak disenangi oleh pasangan tiada apa lagi yang boleh dirahsiakan apabila berkahwin kelak kerana sudah berada di dalam satu bumbung. Jadi setiap pasangan perlu sentiasa berkomunikasi dengan baik. Tegur secara baik perbuatan salah yang dilakukan pasangan dan terimalah setiap kritikan dengan hati yang terbuka. Bagi wanita, walaupun kita telah mendirikan rumahtangga, kita perlu bijak menguruskan rumah tangga. Berilah layanan yang terbaik untuk suami. Jaga penampilan diri untuk sentiasa kemas dan cantik di mata suami. Berusahalah untuk mendapatkan badan yang ideal bukan hanya untuk kecantikan tetapi juga untuk kesihatan dalaman.
Sikap
*Bercinta :
Anda tidak akan pernah kenal siapa kekasih anda sebenar-benarnya. Adakah dia seorang yang kedekut??pemarah??pendiam??kaki perempuan??kaki judi?? Sebelum membina sesuatu hubungan selidik terlebih dahulu latar belakang orang yang anda suka melalui cara hidupnya, bertanya dengan jiran dan kenalannya, sejarah keluarganya, bagaimana suasana tempat tinggalnya dan juga dengan siapa dia berkawan. Apabila telah membuat penyelidikan dengan terperinci barulah anda boleh mengambil keputusan samada dia sesuai dijadikan teman hidup anda ataupun tidak.
Semasa bercinta seseorang itu boleh berpura-pura dan menjadi hipokrit hanya untuk memikat hati pasangan. Sekiranya dia telah menunjukkan sikap buruk sebelum berkahwin sebagai contoh kaki pukul ataupun kaki perempuan tidak perlulah anda menerima dirinya dengan harapan dia akan berubah suatu hari nanti. Lelaki yang baik tidak akan sesekali mencederakan anda walaupun ketika dia sedang marah. Lelaki yang baik juga tidak akan mudah untuk meluahkan kata-kata romantis kepada ramai wanita. Jangan terlalu ikutkan kata hati dan perasaan cinta dan sayang yang mendalam sehingga buta untuk menilai seseorang untuk dijadikan sebagai bakal suami. Jangan menyesal apabila anda diperlakukan seperti binatang apabila berkahwin dengan pilihan yang salah.
Semasa bercinta seseorang itu boleh berpura-pura dan menjadi hipokrit hanya untuk memikat hati pasangan. Sekiranya dia telah menunjukkan sikap buruk sebelum berkahwin sebagai contoh kaki pukul ataupun kaki perempuan tidak perlulah anda menerima dirinya dengan harapan dia akan berubah suatu hari nanti. Lelaki yang baik tidak akan sesekali mencederakan anda walaupun ketika dia sedang marah. Lelaki yang baik juga tidak akan mudah untuk meluahkan kata-kata romantis kepada ramai wanita. Jangan terlalu ikutkan kata hati dan perasaan cinta dan sayang yang mendalam sehingga buta untuk menilai seseorang untuk dijadikan sebagai bakal suami. Jangan menyesal apabila anda diperlakukan seperti binatang apabila berkahwin dengan pilihan yang salah.
*Berkahwin :
Sebelum berkahwin, dia mungkin melayan anda dengan baik dan dia sedaya upaya untuk menutup perangai buruk yang ada pada dirinya. Tetapi setelah berkahwin, baru anda kenal dengan siapa anda kahwini. Mungkin dialah raksasa dari segala raksasa. Pukul dan makian akan menjadi makanan utama anda setiap hari. Bagi pasangan yang kedekut seperti haji bakhil, terpaksalah anda menggunakan wang anda sendiri untuk melangsaikan segala hutang yang ada. Lelaki yang malas bekerja juga salah satu masalah terbesar dalam kehancuran rumah tangga kerana anda bakal memikul beban yang lebih berat dari tugas anda yang sebenar. Andalah suami dan anda jugalah isteri dan ibu. Hancurnya hati wanita apabila mengetahui lelaki yang dikahwini adalah seorang kaki perempuan. Itulah risiko yang akan anda tempuhi apabila mengahwini lelaki playboy. Dia tidak akan pernah rasa cukup dengan seorang wanita. Mungkin ada yang lebih teruk lagi apabila telah meniduri wanita selain isterinya ketika telah bergelar seorang suami dan bapa kepada anak-anak.
Sebaik-baiknya berkasih sayanglah kerana Allah. Bercinta banyak buruk daripada hal yang baik. Bila hati meruntun rindu syaitan akan mula menjalankan tugasnya dengan baik untuk menggoda kita supaya terus bergelumang dengan dosa dan maksiat. Dia akan jadikan masa bercinta adalah waktu yang paling bahagia dan mengasyikkan. Syaitan akan mengaburi mata kita untuk memandang maksiat sebagai satu perkara yang normal seiring dengan peredaran zaman. Jadi tidak hairanlah jikalau anda akan berjumpa dengan lelaki dan wanita yang tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai. Memilih calon suami/isteri bukan hanya didasari dengan harta, rupa, kedudukan, pangkat dan pendidikannya sahaja. Paling utama sekali yang perlu anda titik beratkan adalah agamanya. Barulah memilih kriteria lain yang ada pada seseorang yang mahu dijadikan suami/isteri.
Sekiranya anda memilih yang beragama, secara tak langsung ia akan memenuhi kriteria yang lain. Sekiranya dia tahu tentang agama dia tidak akan sesuka hati memikat wanita dengan kata-kata manis kerana dalam islam sendiri kita perlu menjaga ikhtilat di antara bukan mahram supaya terhindar diri dari fitnah dah maksiat. Apabila berkahwin kelak mereka akan lebih menghargai dan menghormati anda kerana sebelum ini mereka berusaha menjaga cintanya kepada Allah sebelum menyerahkan sebahagian cintanya kepada anda.
Lelaki yang faham tentang agama secara tak langsung akan faham hak seorang isteri. Dia akan berusaha bekerja untuk mencari nafkah yang halal dan berkat untuk isteri dan anak-anak. Dia tidak akan sesekali duduk diam di rumah sambil goyang kaki dan hanya mengharapkan isteri yang bekerja dan menanggung semua beban hutang. Mereka juga tidak akan sesekali meminta wang isteri tanpa keizinan isteri dan isteri juga tidak berkewajipan untuk menyerahkan hartanya kepada suami. Di dalam islam sendiri mengatakan dengan jelas melalui Al-Quran dan hadis tentang pemberian nafkah.
Sekiranya anda memilih yang beragama, secara tak langsung ia akan memenuhi kriteria yang lain. Sekiranya dia tahu tentang agama dia tidak akan sesuka hati memikat wanita dengan kata-kata manis kerana dalam islam sendiri kita perlu menjaga ikhtilat di antara bukan mahram supaya terhindar diri dari fitnah dah maksiat. Apabila berkahwin kelak mereka akan lebih menghargai dan menghormati anda kerana sebelum ini mereka berusaha menjaga cintanya kepada Allah sebelum menyerahkan sebahagian cintanya kepada anda.
"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(Surah An-Nur : Ayat 30)
Lelaki yang faham tentang agama secara tak langsung akan faham hak seorang isteri. Dia akan berusaha bekerja untuk mencari nafkah yang halal dan berkat untuk isteri dan anak-anak. Dia tidak akan sesekali duduk diam di rumah sambil goyang kaki dan hanya mengharapkan isteri yang bekerja dan menanggung semua beban hutang. Mereka juga tidak akan sesekali meminta wang isteri tanpa keizinan isteri dan isteri juga tidak berkewajipan untuk menyerahkan hartanya kepada suami. Di dalam islam sendiri mengatakan dengan jelas melalui Al-Quran dan hadis tentang pemberian nafkah.
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka..."
(Surah An-Nisaa': Ayat 34)
Seseorang yang tahu tentang agama juga akan faham tanggungjawab dan amanah Allah untuk melindungi seorang wanita. Dia akan sentiasa melindungi pasangannya daripada disakiti. Seorang lelaki yang baik dan beragama tidak akan sesekali mengasari, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan sentiasa sabar dengan kerenah si isteri. Mereka akan berusaha untuk mencontohi keperibadian Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sentiasa berlemah lembut, penuh kasih sayang dan romantis, tidak pernah meninggikan suara dan marah kepada isteri-isterinya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu."
(Hadis At-Tirmizi)
Dahulu ada seorang sahabat menghadiahi aku sebuah buku penulisan Ustazah Fatimah Syarha, "Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul". Terdapat satu petikan ayat yang aku baca memang benar dari penilaian aku.
"Walaupun kita couple dengan seseorang
hingga 10 tahun lamanya, kita takkan betul-betul kenal hati budinya kerana apa
yang kita nampak ialah lakonan dan sikap hipokrit serta pura-pura pada dirinya.
Kita hanya akan kenal seorang pacar, bukan seorang suami/isteri."
Aku sangat terkesan dengan bait-bait kata dari Ustazah Fatimah Syarha di dalam bukunya :
"Jika kau belum
berkahwin, kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa reda
Allah, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia.
Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya
hanya meluputkan berkat daripada hidupmu."
"Berkahwin bukanlah pengakhiran untuk hidup bahagia selama-lamanya tetapi ia merupakan satu permulaan dalam menjalani kehidupan panjang yang penuh liku dan ranjau"
As Salam.