Pengalaman Mencemaskan

11.2.15

Assalamualaikum.. Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

Ok ni nak story mory pasal pengalaman menakutkan. Pernah tak terjadi kejadian yang menakutkan tahap super punya. Pernah tak? Pernah tak? Dulu sebelum kerja kat Kajang, aku terpaksa, yup terpaksa sangat menjalani praktikal di Shah Alam selama 3 bulan lamanya. Dah tu rumah sewa jauh pulak dari tempat kerja jadi terpaksa lagi sekali untuk naik teksi pergi balik dari tempat kerja - rumah sewa.

Bayangkan kerja sampai 5.30 tunggu teksi sampai senja kadang-kadang sampai malam. Oleh kerana rasa malu tahap super untuk menghulurkan tangan tahan teksi, seolah-olah terasa bila kau hulur tangan teksi tu tak mau berenti ape kau rasa??Malu sangat tau.. Rasa nak menyorok belakang tiang. Syok sendiri pulak hulur tangan tapi tak ade sape nak tumpangkan. huu~

Suatu hari, nak dijadikan cerita, bukan nak dijadikan filem ye nanti tak laku. Tiba-tiba ada satu teksi berhenti dekat tempat aku tunggu tu. Aku nampak sorang uncle india. Rasa takut nak naik. Tapi bila perhatikan betul-betul ada sorang budak perempuan dekat seat belakang. Dengan tak teragak-agak aku naik terus duduk seat depan. Gelojoh sangat nak balik. Tak larat nak jadi penunggu kat situ. Lepas uncle tu hantar budak perempuan tu dekat stesen bas. Tinggal la aku dengan uncle india tu je dalam teksinya. Secara tak semena-mena dia tanya kat aku dengan muka gatal dia.

" U pernah rasa takut tak??"

"Ermm takut...takut macam mana tu?"

"Takut la.. Macam kena kejar dengan orang jahat, ada orang nak tangkap u ke?Pernah?"

"Tak pernah la sebab saya tak pernah jadi lagi kejadian mcm tu.."

"Ok sekarang i nak bagi u takut. I tak nak bawa u balik. I nak bawa u pergi tempat lain. Dekat rumah i ke?"

"Haaa... biar betul.."

"Yela..Kenapa u takut ke?

Gulpp...Allahuakbar. Hanya mampu beristighfar dan berdoa. Masa tu, macam nak luluh jantung, berdebar-debar + cuak + takut + seram + cemas. Bercampur baur. Aku terus terfikir dia nak apa-apakan aku. Nak rogol aku @ nak bunuh aku lepas rogol aku @ cabul aku. Aku rasa nak terjun je dari kereta tu tak kisah la patah tangan ke kaki ke berdarah ke asalkan aku selamat. Tapi aku cuba bertenang dulu sebelum bertindak apa-apa. 

"Eh mana ada. I sebenarnya nak sembahyang ni. Dah pukul berapa ni.. I tak solat lagi.. Ingatkan uncle nak hantar cepat."

"Yeke. Ala nanti lah u sembahyang. U tak takut ke? I nak bawa u jalan-jalan lepas tu i bawa u pergi mana-mana."

"Mana boleh uncle, i kan orang islam solat kena ikut time."

"Oh yela islam setiap hari sembahyang jugak. Macam indian setiap minggu sembahyang"

"Ha tau pun.Uncle nak berapa tambang teksi i bagi. Asalkan uncle bawa i balik rumah sebab i memang nak cepat."

"Ala u takut kan tu sebab u tak kisah nak bagi i berapa banyak duit."

Aku cuba bertenang selagi boleh. Masa aku bercakap tu aku gelak-gelak sikit tak nak bagi uncle tu nampak aku cuak. Dalam hati beristighfar dan doa banyak-banyak. Muka ada senyum tapi hati cuak beb..!! Tak sanggup aku nak tengok muka uncle tu. Muka gatal la katakan. Mana larat.Uncle tu pun ajak la bersembang pasal insurans. Bla.. Bla...Bla...Dengar sajela. Sesekali aku bagi respon. Kadang-kadang sengih sikit nak sorok rasa cuak. Mana tak cuak dah le aku perempuan, malam-malam pulak, dengan lelaki yang tak dikenali. Nak call polis bateri phone takdak. 

Tengah syok-syok dia merepek pasal insurans aku beranikan diri tanya :

"Uncle nak bawa saya pergi mana sebenarnya?"

"Eh kau ni kan aku cakap aku nak bawa kau pergi mana yang aku suka la..!! kau tak kenal ke jalan ni? ni kan jalan nak balik apartment perdana!!"

Ok. Baik senyap. Dia pun sambung cerita pasal insurans. Dalam hati ada kelegaan sikit, bila nampak perkataan GIANT.Menandakan rumah sewa dah dekat je nak sampai..huhu ~Ok aku pon mula la layankan aje uncle tu sembang topik insurans yang dari tadi aku tak paham.

Sesampainya aku ke destinasi. Uncle tu mintak RM15 untuk 20 minit dia bawa aku pergi 'jalan-jalan' ceitt...!!Sebelum bayar sempat mintak nombor talipon pulak. Bagi je la. Katanya nak sembang pasal insurans. Suka hati la. Lepas bayo je. Dalam hati Allah rasa lega sangat. Rasa Selamat. Rasa bersyukur pada Allah. Bercampur-campur rasa seakan-akan ABC. Alhamdulillah.

Sejak dari tu aku fobia terus nampak uncle india bawa teksi. Aku cari teksi orang melayu je la. Itu pun tengok muka dulu. Kalau firasat hati tu rasa ok, aku naik, Seminggu lepas tu.terus dapat kereta. Seronok tak payah naik teksi lagi... hee~

 
S Pink Premium Pointer