Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Tadi aku tengok balik entry-entry lama. Belek punya belek ada juga la gambar lama yang ternampak aurat sikit. Laju-laju aku padam. Aishh takutnya. Nanti tak pasal-pasal abah dapat dosa. Cukup-cukuplah.
Sejak kecil lagi aku seorang yang pendiam. Sekiranya aku ada masalah aku lebih suka memendamkan perasaan. Bila menangis aku akan masuk ke bilik menangis sepuas-puasnya. Aku tak nak ada orang tengok aku menangis. Bila menangis depan orang lain aku rasa aku lemah. Aku akui aku seorang pendiam dan pemalu. Aku tak pandai bergaul dengan orang lebih-lebih lagi dengan orang yang aku tak kenal dan tak rapat.
Mulut aku jadi kaku.
Stuck.
Awkward.
Oleh sebab itu aku tak ramai kawan.
Bila menginjak ke sekolah menengah, pendiam itu masih ada. Mungkin ada yang tidak percaya dari tingkatan satu hingga tingkatan lima aku berkawan dengan perempuan yang tidak kurang popular juga di sekolah.
Teringat kembali ada seorang sahabat yang baru berpindah dari UK duduk di sebelahku dan menegurku. Seperti biasa bila berada di dalam kelas aku lebih suka duduk diam-diam buat kerja sekolah dari bersembang kosong dengan rakan-rakan lain.
"Hurm.. eh kenapa kau duduk sorang-sorang je. "
Aku mengukir senyum. "Nak buat kerja sekolah."
"Aku suka kawan dengan orang macam kau. Pendiam. Tapi ada something special. Aku panggil ko Ima boleh kan?"
"Boleh." senyum lagi.
Sejak itu dialah yang banyak menegur aku dan bercakap dengan aku. Walaupun terkadang aku malas nak melayannya bersembang. Aku lebih banyak mendengar dan tersenyum.
Tapi salah satu sikap aku walaupun aku pendiam aku adalah pendengar yang baik. Dulu kakak selalu kongsi masalah dia. Kadang-kadang masalah yang dia ceritakan memang aku tak berapa nak faham. Masalah percintaan. Dikecewakan. Pada masa tu aku tak tahu apa itu cinta.
Aku tak pernah rasa dan tak pernah mengalaminya. Sedaya mampu aku akan memberi kata-kata positif. Walaupun ada kalanya aku bosan sebab cerita yang sama saja yang akan dia kongsikan padaku. Tetapi aku tetap mendengar permasalahan kakak. Pernah ada kalanya ketika itu aku sangat mengantuk Tetapi aku tahan rasa mengantuk demi mendengar masalahnya. Sehinggalah dia menamatkan perbualan.
Selepas tamat zaman persekolahan aku ditawarkan untuk menyambung pengajian bagi peringkat diploma di Politeknik di Ipoh. Bermula dari situ aku cuba sedikit demi sedikit untuk lebih banyak bergaul. Aku cuba untuk bercakap dengan semua rakan-rakan di kelas. Tapi sikap pendiam itu masih sebati dalam diri. Cuma tidaklah terlalu pendiam seperti dulu.
Kredit kepada : http://cjazainuraiza.blogspot.com/ |
Aku beginilah. Aku berhubung dengan mereka apabila aku berada dekat dengan mereka. Selepas tamat pengajian aku bukanlah jenis orang yang akan menghubungi rakan untuk bertanya khabar. Kenapa?? Sebab aku tak tahu nak sembang apa.
Dari pandangan mereka aku seperti tidak menghargai persahabatan. Dalam hati sayang tetapi aku tidak pandai mahu meluahkan perasaan tersebut. Tapi percayalah sekiranya mereka mempunyai masalah dan memerlukan bantuan inshaAllah aku akan sedaya upaya untuk menolong mereka.
Pathetic??
Mungkin sesetengah dari mereka berpandangan begitulah.
Kalau tiada hal penting aku lebih suka diam dari bercakap. Sebab bagi aku banyak bercakap banyak juga kesalahannya. Nak bercakap yang baik-baik dalam erti kata lain mentarbiah orang memang tak pandai dan tak layak. Aku tahu dan sedar menjalinkan hubungan silaturrahim dengan ramai orang sangat disukai Allah. Yela kalau kita ada masalah ada orang yang dapat tolong. InshaAllah aku akan ubah sikit-sikit untuk lebih ramah dengan orang lain.
Dalam keluarga pun sebenarnya aku lah yang paling pendiam. Aku tidak banyak bercakap. Aku lebih suka ketawa dari bercakap. Tapi haa ada tapi tau. Kalau orang tu memang kamcing dengan aku. Aku akan jadi banyak bercakap. Aku suka share macam-macam. Nak cari orang macam tu memang satu dalam seribu. Aku pernah jumpa tiga orang sahabat yang macam tu. Bila aku kata yang sebenarnya aku ni pendiam. Mereka tak akan percaya.
Kenapa aku pendiam?? Aku tiada jawapan untuk itu. Hanya orang yang benar-benar memahami akan faham. Okey tak boleh nak taip lagi sebab dah nak maghrib. Nak balik rumah dulu.. Daa.. As salam~
Be Happy and Smile.