Entry kali ini aku nak sentuh pasal wanita ketika datang bulan..
ehemm...kepada yang lelaki2 sila baca dengan laju...
kepada si gadis baca lah dengan tekun dan sabar..
[ Habis aku kena hentam kejap lagi ] -- sharing is caring kan.. :)
Ketika datang bulan kebanyakan wanita akan mengalami senggugut..
Kebiasaannya pada hari pertama dan kedua..ada sesetengah wanita akan rasa lenguh-lenguh di bahagian pinggang dan ada juga yang tidak mengalami sebarang kesakitan.. Terpulang kepada individu itu sendiri..
Apa itu senggugut ??
Senggugut atau 'dysmenorrhoea' ialah pengaliran haid yang sakit..
Korang mesti pernah tengok kawan2 perempuan dekat sekolah atau satu tempat kerja ada yang ponteng sekolah, mintak surat cuti sakit..tengok betapa kuatnya penangan senggugut ni..Ada jugak yang bagi alasan busuk mintak cuti sebab
senggugut..
Benda ni berlaku jugak pada orang yang tengah taip entry ni..siapakah? hehe :)
Masa kat sekolah dulu selalu gak dok ponteng sekolah..hehe..
sehari dalam sebulan pulak tu..so korang bayangkan la kalau aku sekolah untuk setahun maknanya [ 12 kali ] aku tak datang sekolah.. nampak tipu sangat lah kan..cuti tak kira la pulak..
1) Jiwa Kacau
Sesiapa yang ada makwe tu tolonglah faham perasaan makwe korang masa dia tengah datang bulan.. Mesti lelaki pelik kenapa perempuan cepat meradang.. Dari yang lemah lembut, ayu + manja tetiba jadi macam mak joyah..pok pek pok pek tak tentu pasal..Ada jugak yang gaduh sampai putus cinta.. Jiwa kacau la tu..Actually benda ni normal..sebab pembentukan hormon menyebabkan emosi
wanita terganggu...
2) Halusnya Emosi
Jiwa wanita sememangnya sensitif..tolong jangan menambahkan lagi kesensitifan beliau.. Elakkan lah keceluparan anda tak pun cakap benda yang dia tak suka masa dia tengah datang bulan..
masa ni la pulak korang nak buat lawak bodoh, terkutuk depan2, buat april fool ke.. memang automatik lah korang kena sound direct..lepas tu dia kecik hati merajuk 18 bulan.. ha tak ke naya tu..
3) Lesu dan Letih
Sakit senggugut akan menyebabkan kebanyakan wanita rasa lesu dan letih.. terutamanya masa hari pertama wanita datang bulan memang badan akan rasa penat , letih + sakit.. Kepada suami yang dah beristeri tu kalau korang balik rumah tengok rumah macam tongkang pecah, buka tudung saji ada ikan goreng paling kurang pun telur goreng je..ekeke~
Janganlah marah pulak.. Apa kata korang sabar dulu..c0ol je.. fahamilah situasi isteri anda ye.. bukan sepanjang datang bulan tu dia tak masak, tak kemas rumah pun.. sehari dua je.. sebab sakit senggugut bermula pada hari pertama dan kedua..lepas tu dah ok macam biasa..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baiklah..kepada wanita2 disana jagalah diri anda sebaik mungkin ketika datang bulan.. Jagalah kebersihan anda ketika dan saat datang bulan sebab syaitan paling suka pada sesuatu yang kotor....jangan buang merata2..!!
Ini ada kisah benar dari sekolah aku yang ada kena mengena dengan entry diatas..
Cerita ni berlaku masa aku tingkatan 3..Persatuan pengakap ada buat perkhemahan dekat sebuah kawasan sekolah di perak..masa tu time cuti..dah lupa nama tempat tu..Tapi masa ni aku tak join pengakap..Cerita ni aku dengar dari kawan - kawan yang join pengakap.. perkhemahan biasalah dekat dengan hutan...tak kan dekat tepi laut pulak kan..
Jadi nak dijadikan cerita ada lah sorang hamba Allah ni dia datang bulan.. maybe dia tak tau pantang larang orang melayu tu pasal dia buang
Dalam syok jadi pak guard terhemah tetiba ada suara perempuan menjerit..Histeria..!!
Ingatkan sorang je yang kena..tapi berjangkit-jangkit pulak macam virus...dari sorang ke sorang kena histeria.. menjerit2 malam tu..cikgu semua datang tengok..yang perempuan bawak pi tempat lain jauh dari budak2 yang kena histeria tu..perempuan kan cepat lemah semangat..
Ada sorang cikgu ni tolong baca ayat2 bagi dorang ok balik..lepas tu tak tau pe jadi sebab member yang cerita kat aku tu kene pindah tempat lain..Bila semua dah reda cikgu marah sangat2..
Esok pagi cikgu panggil semua ahli pengakap perempuan dan tanya siapa yang buang
macam mana cikgu boleh tau..member aku tu pun pelik..masing2 tak nak mengaku..last2 cikgu suruh siapa yang datang bulan tu pergi masuk hutan cari balik benda yang dah dibuang tu ada la cikgu yang teman kan..masing2 tak nak mengaku kan..sebab sorang semua kena.. Tapi tak jumpa..
Operasi besar-besaran..!! dari dok best berkhemah kena buat kerja lain..cari
Lepas je selesai dorang terus berkemas dan balik...Cikgu ada pesan jangan sesekali buang benda yang berkenan dekat merata2 tempat..ada benda yang suka..so jagalah kebersihan..jangan dok gatal sangat selit2 kat mana2..
P/S : Penat dah nak menaip nak tidur dulu ye..Salam..