Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Baru sempat post entry baru kalau tak asyik masuk draft sajo ~ =)
------------------------------
Beberapa hari yang lepas search google, tiba-tiba jumpa artikel tentang mak mertua dan suami pengotor. Rata-rata yang kongsi masalah adalah berkaitan si isteri yang tak tahan duduk rumah mertua sebab sikap pengotor satu keluarga mertua. Hehe.. Nasib badan. Macam aku biarlah sederhana. Tak terlalu pengotor dan tak terlalu over pembersihnya. Memang dari kecik aku suka kemas rumah. Nak kata rumah aku lah yang paling bersih memang mustahil sangat. Rumah kampung biasalah tak macam rumah orang bandar.
Beberapa hari yang lepas search google, tiba-tiba jumpa artikel tentang mak mertua dan suami pengotor. Rata-rata yang kongsi masalah adalah berkaitan si isteri yang tak tahan duduk rumah mertua sebab sikap pengotor satu keluarga mertua. Hehe.. Nasib badan. Macam aku biarlah sederhana. Tak terlalu pengotor dan tak terlalu over pembersihnya. Memang dari kecik aku suka kemas rumah. Nak kata rumah aku lah yang paling bersih memang mustahil sangat. Rumah kampung biasalah tak macam rumah orang bandar.
Kalau nampak bersepah ada satu perasaan sampai tak boleh tidur lena. Walau letih macam mana sekalipun aku akan bersihkan rumah baru aku sambung tidur. Nak kata ada OCD, Alhamdulillah tak ada la sampai macam tu. Pernah jugak aku membebel sorang-sorang sebab tak tahan dengan bersepahnya rumah. Kadang-kadang pinggan seketul pun malas nak cuci terutamanya abang-abang.
Sampaikan satu tahap aku rasa nak tampal..
"Sila cuci pinggan selepas makan"
Haa gitu...
[ Kalau bilik bersepah gini memang aku lari rumah terus ] |
Sama juga masa lepas masak. Kalau abang yang masak memang singki tu penuh dengan pinggan kotor. Blerhh..!! Serius bengkak hati tengok pinggan kotor banyak-banyak. Nak tak nak kena cuci dengan hati yang tak ikhlas. Heee~
[ Lebih kurang macam ni la keje abang aku lepas masak ] |
Lagi satu ayah aku ni kalau dah pakai baju yang dari pagi sampai tengah hari. Bila nak mandi dia tak letak kat mesin basuh. Kat bilik mana yang dia masuk kat situ la ada baju yang dari pagi tadi dia pakai. Mak aku dah penat tegur dah. Abang aku pun samaje.. Huhuhu~ Jadi aku akan kutip baju-baju kotor. Sampaikan kalau abang tanya:
"Eh mana baju tadi. Baju tu baru pakai 15 minit..."
"Kat mesin basuh. Sape suruh sepah atas lantai."
"Laa..ish bau la dulu baju tu masam ke tak..."
[ Bagi aku kalau tak reti nak sangkut baju kat mana-mana maknanya dah kotor ] |
Wekk tak kuasa..!!
Rumah bersepah tu memang normal la kalau ada anak kecik. Sekarang ni anak-anak buah dah ramai. Lagi pulak kakak dah pindah duduk dekat-dekat dengan rumah mak. Jadi setiap hari dia datang rumah. Biasalah anak kecik suka sepahkan barang-barang. Nak-nak time raya atau dua hari sebelum raya. Bersepahnya...Ya Rabbi, boleh pengsan aku dibuatnya. Kadang-kadang aku naik angin dengan deme dan selalu jugak aku membebel.
"Awak jangan la sepahkan rumah. Tolong letak barang tu dekat sana...bla..bla..bla.. Awak tau tak mak teh penat tau kemas rumah ni. Awak tak nak pun tolong mak teh.. Kalu awak tolong tak apa la.. bla bla..."
"Bukan kakak buat sepah husna tu yang buat" - Dina
"Eh kakak la..." - Husna
Ha masing-masing tak nak mengaku. Tapi dorang tolong jugak aku kemaskan apa yang patut. Tapi itu dulu la. Sekarang tahap kerajinan aku dah menurun. Bukan malas tapi tak kuasa nak layan. Kemas lepas tu bersepah balik. Jadi aku biarkan saja. Kalau dah tahap sakit mata baru aku kemas.
[ Rasa-rasa boleh aman tak hidup duduk dalam rumah bersepah?? ] |
Dulu-dulu mak selalu membebel kenapa rumah bersepah. Kenapa tak kemas. Bayangkan pagi dah kemas. Sepah balik. Petang kemas. Sepah balik. Sampaikan aku penat nak kemas dah. Lepas tu time dah nak malam, mak membebel kenapa rumah bersepah?? Aku rasa macam erkkk...bukan dah kemas ke tadi???
Dulu masa cuti sekolah, mak akan jadi alarm untuk aku. Tepat pukul 7 dia akan mengeluarkan suara paling merdu tanda bermulanya tugas aku untuk kemas rumah. Sambil mulut terkumat kamit dengan bebelan yang aku memang malas nak dengar.
"Mak anak dagho dulu subuh-subuh lagi dah komeh ghumah. Basuh pinggan, cuci baju guno tangan jo dulu mano ado mesin basuh tu sumo...bla..bla..bla..Dulu anak dagho ghajin bangun pagi. Ni lopeh somayang tido balik. Oghang bangon-bangon toghuih mandi..bla..bla...bla..." dan seterusnya..
Aku macam biasa diam seribu bahasa. Tak ada sapa boleh lawan madam. Garang wooo. Tapi dalam hati touching sebab kena marah setiap pagi waktu cuti. Dulu aku selalu cakap dalam hati. Kan seronok kalau jadi macam kawan aku. Bangun pagi tak kena marah pun mak dia siap masakkan sarapan untuk dia lagi.Tapi bila dah menginjak dewasa ni baru aku faham kenapa mak jadi macam tu. Sebab dia nak ajar anak dia supaya pandai uruskan rumahtangga bila dah kahwin nanti.
Harap-harap bakal laki aku tak macam mak aku. Heheh~ Takut aku dengan orang yang garang dan baran ni. Aku takut aku bakal berdendam satu hari nanti. Bila berdendam kebencian tu mula terbit dalam hati. Silap haribulan aku akan mula melawan cakap dan menyakitkan hati orang. Jauhkanlah.
Ok la kang banyak pulak melalut.. Cau dulu.. Daa.. As Salam~