Perut meragam~

4.12.11

~Assalamualaikum~

Lapar sangat-sangat. Tak pernah rasa selapar ni. Dah 3 hari makan sekali sehari. Sebab boros sangat rasanya. Membeli memang tak pernah meneng0k duit banyak lagi ke tak. Jadi berbagai caralah kite memikirkan untuk dapatkan duit.

Tapi walaupun kite duduk jauh dari keluarga tak terlintas dalam fikiran nak buat kerja tak baik semata-mata nak dapatkan duit seperti kebanyakan budak-budak 'universiti' yang lain. Sugar daddy segala bagai. Memang la hidup mewah tapi ada la habuan lain.

Sakit perut. Ermm. 

Kredit gambar  kepada : kaki-haru

Macam ni la rasanya orang yang kebuluran dekat negara Afrika. Mungkin lebih perit lagi dari yang kite rasa. Bersyukurlah kite tak berada dalam situasi mereka. Apa-apa pun harap yang kaya-raya tol0ng lah deme. Ni tak duit habis berjuta semata-mata nak bersanding. hehek~ gosip artis.

Ni baru sikit. Kalau yang hidup miskin macam mana la kan. Nak mintak duit pada mak pun fikir empatLima kali. Kite ni fikir baru dueTiga kali nak mintak mak duit sebab dah terlalu banyak pulak kite dah mintak pada mak. Rasa bersalah. Takpe pinjam kat adik beradik la. Ada duit kite bayar oke. Abang kite dah bagi seratus due minggu lepas. Pandai-pandai kite jimat sampai sekarang.

Terima kasih abang!

Jadi mintak pada kakak pulak. Baru tadi mintak pinjam duit pada kakak. Terima kasih jugak pada kakak kite. Banyak betul hutang kite kali ni. huh! Kite nak bayar jugak sebab mak cakap tak boleh berhutang walau dengan adik beradik sendiri sebab mungkin dieorang perlukan duit untuk benda lain. Pada kawan kite yang pinjam duit kamu bayar la ye sebelum aku mengamuk. Banyak kali call pun buat tak tahu saje kamu ye. Geram!

[ Dapat makan macam ni best ]

Tengok dalam wallet tiggal 4 ringgit je. Uhuk! Takpe boleh beli char kuey tiow! Lazat. Nak makan dulu. Papai!
 
S Pink Premium Pointer