Assalamualaikum w.b.t and Good Evening! :)
Hai! Bila dah tua ni mood membebel dah makin kurang tu yang dah lama tak terjah blog tulis cerita karut marut.. Lagi satu sense of humor aku pun dah makin tak berkembang.. Oklah nak tanya ni pagi2 korang breakfast selalu kat mana?? Aku kalau breakfast jangan harap la suruh masak sendiri memang aku malas + aku memang tak pandai masak pagi.. Haa jujor tak aku? Tu yang selalu pusing2 cari tempat makan best meletop.
Since aku dah dua tahun duduk Kedah aku nak habaq mai kat hangpa satu kedai makan breakfast yang menu-menu dia mmg semua mabeles la senang kata.
Fuuhhh!! Terangkat beb..
Kalau tengok semua gambar menu dia mmg terliuq habeh. Jangan lupa sediakan tisu sbb aku tak bertanggungjawab atas tumpahan secara tak sengaja ayaq liuq basi. Sebab aku tau pagi2 ni korang mesti tak gogok gigi lagi.
Sabaq sat!
Japgi aku tunjuk menu yang pernah aku try dan aku rasa memamg rasa dan texture dia memikat hati aku sampai ke tulang gigi.
Nama kedai ni Alor Setar Breakfast Station area Jalan Langgar. Dari lebuhraya alor setar utara memang dah dekat sangat dengan kedai ni. Orang yang duk area Jalan Langgar mesti tau. Kalau nak tau memang banyak sangat menu roti sampai tak tau nak pilih yang mana sebab semua nampak sedap. Hari minggu memang ramai orang baq hang. Kena sabaq sikit la nak tunggu sebab dorang masak time tu jugak konsep ala carte.
Tapi kalau yang tak suka roti, korang boleh mintak nasi lemak. Sambal dia paling king. Manis masin pedas semua secukup rasa la. Bukan sambal je power, ikan bilis aku rasa guna ikan bilis mahal sebab crunchy elok ditambah pulak dengan kacang tanah goreng memang sesuai sangat dah..Hehehe.. Sebab selalu aku rasa ikan bilis keras nak mampos! Boleh patah gigi aku.
Dari segi harga memang standart la barang pun dah makin mahal. Nak kata mahal sangat tak jugak affordable la kalau nak beli pun. Haa dah ready nak tengok gambar menu yang super mabeless??Aku cedok semua gambar yang ada dalam facebook Alor Setar Breakfast Station sebab gambar yang aku ambik sendirik memang tak power untuk tatapan korang. Haha. Ok ready!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaa!!!
- Nasi Lemak Emmables - |
Ok secara jujur la aku pernah try beberapa menu yang akan aku review sebentar lagi. Kita berjumpa lagi selepas iklan penaja. Hehehe ok gurau! Aku pernah try Nasi Lemak seperti yang aku bagitau sebelum ni nasi lemak dia memang sedap menyelerakan. Bau wangi halia nasi lemak tu meningkatkan selera tekak aku untuk ngap! Ditambah pulak dengan sambal yang sweet, sour and spicy campur pulak dengan ikan bilis plus kacang tanah goreng crunchy amboi memang wallaaa!
- Breakfast Set - |
Breakfast Set memang rare. Sebelum ni aku tak pernah lagi jumpa menu semacam ini. Korang tengok nampak macam biasa je menu ni..Haa korang rasa la dulu baru boleh cakap lebih. Aku bukan penggemar kacang panggang. Mula-mula aku order nampak mcm tak sedap je kacang panggang. Aku try rasa sikit. Mak aihh cmni ke rasa kacang panggang. Aku dah terbayang kacang yang tak sedap langsung. Tapi yang ni sedap kot. Kaler orange tu hashbrown. Mesti ada antara korang tak pernah rasa. Korang jangan terkejut bila makan sebab sumpah sedap! Dulu mati-mati aku ingat tu ikan yang disalut serdak roti padahal kentang je! What the fish...
- Netto - |
First time aku makan perghh lembutnya. Rasa macam makan ayam hancur yang lembut. Aku curious nak tau bahan apa dia guna dalam Netto. Lepas tu cicah dengan kari daging memang meletop la dalam mulut aku. Over tak?? Hahaha. Aku ada tanya mende alah apa yang dia guna dalam homemade patty theyols. Dia cakap tu patty telur je. What?? Apahal sedap sangat! Ada la tu resepi rahsia yang dia campur. Kalau nak tau yang kuning nak balut patty tu roti jala. Kreatifnya la uols!
- Banaloff - |
Huihh nama nak dekat macam ba'neelof'a.. Ahaks! Banaloff ni menu baru. Bagi sesiapa yang minat nutella dengan peanut butter wajib try menu ni. Kenapa dia letak nama banaloff?? Jap nak teka. Aku rasa 'bana' tu stand for banana 'loff' tu pulak bagi cinta/suka. So, aku simpulkan ia sebagai pencinta/penggemar pisang. Haa..Nampak tak pisang kat tengah2 tu. Cehh! Memandai je ko..
Rasa dia umpphh!! Sekali rasa nak repeat lagi. Korang rasa la sendiri kesedapannya. Kang aku cakap lebih2 tak suprise le nanti...Hee~ Jeng3...
- French Toast - |
-
-
-
-
Banyak gak menu breakfast yang boleh korang cuba. Aku gerenti korang takkan menyesal punya gi Alor Setar Breakfast Station! Serius!
- Roti Teloq Kapit - |
- Roti Ghedik - |
- Roti Arab - |
- Roti Teloq Meleleh - |
- Roti Sardin - |
Bukan senang tau nak cari kedai yang jual kedai breakfast yang banyak menu sedap. Ok bagi yang nak berkunjung kat Alor Setar Breakfast Station meh aku bagi details untuk kemudahan korang. Untuk pengetahuan korang ASBS dah berpindah. Baru 4 bulan pindah kat tempat baru.
Kalau dari Lebuhraya Alor Setar Utara ada traffic light belok kanan. Kena u-turn di persimpangan pertama nampak kedai warna kuning berhadapan dengan Petronas tu la kedai dia.
Alamat : No 24, Batu 3 Jalan Langgar 05460, Alor Setar
Facebook : Alor Setar Breakfast Station
Contact : 012-405 0059 (Encik Khairul)
Website: asbreakfaststation.blogspot.com
Facebook : Alor Setar Breakfast Station
Contact : 012-405 0059 (Encik Khairul)
Website: asbreakfaststation.blogspot.com
7.30am - 12.00pm | Isnin - Ahad
Jangan lupa pi try nah! Orite cau dulu.
Assalamualaikum!